Lempeng pon lempeng lah

Hehehe…lempeng ni sangat popular di zaman 70an. Boleh katakan adalah common bagi sesebuah isirumah mensajikan delikasi ni terutama sekali pada hari minggu. Bila orang makin banyak duit, lempeng mula dilupai. Ada jugak yang dulu hidup dengan lempeng skarang ni ek je bila kata makan lempeng. Lempang kang baru tau hahaha.

Lempeng kini sedang membuat comeback!. Walaupun orang-orang yang konon dah rasa macam org maju lebeh teruja jika lempeng disebut pancake, pancake tetap pancake lah kan.

Ok lah enuf said, aku nak share resipi paling sonang di dunia; LEMPENG.

Bahan2

Tepung gandum 2 cawan

sedikit garam

sebiji teloq

air

gula secukup rasa (kalau yg suka manis boh la ikut hangpa)

 

Cara2

Campurkan tepung dengan secubit dua garam dan gaul.

Masukan air sedikit demi sedikit.

Masukan gula.

Masukkan teloq.

Kacau punya kacau punya kacau sampai la sebati. Pastikan tak terlalu cair.

Cara memasak

Panaskan frying pan biarkan dgn api sederhana.

Sapu sedikit minyak pada pan tu just to grease it supaya lempeng tak melekat di frying pan. Lepas tu cek lah kalau yg bawah tu dah garing dan brownish, aleh lah yerrr…monitor lah sampai masakkkkk…

Dah siap lah tu. Boleh makan. Boh la apa2 pun toppings yang korang suka. Jem boleh, kari boleh, ikut la selera masing2 yer.

Ok kalau nak lebih innovative, campurkanlah pisang yang dah dilenyek. Nak boh kelapa parut boleh, tak nak pun boleh. Apa ada hal. Korang chef lempeng korang punya suka lah kan kan kan hahaha.

Lempeng ni antara resipi yang sangat murah untuk dibuat walaupun skarang ni kalau korang pegi ke kopitiam2 generasi baru atau hotel lima nam tujuh bintang, harga sepinggan lempeng kalau korang beli bahan2 untuk buat sendiri senang2 je leh dapat lima nam keping (kalau restoren 5 nam tujuh bintan boleh raikan satu kampong tau) hehehe.

ok lah…dah nak buka…den nak masak nasi lomek la hari nie…

salamzzzzzzz

 

 

kue onde2 buah melaka

Ramadhan datang lagi…tak sah kalau ramadhan tak dikaitkan dengan kueh mueh. Kat sini aku nak share the easiest kueh in the world di sampin goreng pisang, goreng kledek dsb. Macam buat cokokdok jer hehehe…

 

Onde-onde atau  kueh buah melaka ni memang sedap. Kalau dok hadap dia depan tv lepas terawih, bini panggey pun tak dengar hehehe…

 

okeh cara nak buat…

bahan-bahan

Daun pandan kasi blen atau tumbuk halus atau lenyek. Tapis dan ambek airnya.

Kalau tak de daun pandan, pewarna ijau and essence pandan pun kira bole la

Tepung pulut

Kelapa parut

sedikit garam

Gula melaka di potong dadu

 

Cara-caranya

Masukkan 2 cawan tepung pulut dalam bekas mengadun dan tuang air pandan sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi dan gaul lah hingga menjadi adunan yang tidak terlalu keras atau terlalu lembut.

 

Kemudian ambil tepung yang diadun tadi dan gentellah jadi bulat-bulat kecil. Lepas tu buat lubang boh gula melaka datu sebijik dan tutup/kambus whatever lah…lu pikir la sendiri camner nak buek hahahaha

 

Lopeh tu panaskan air dalam periuk dan bila mendidih air tu masukkan lah kue tu dan biarkan dia beberapa minit. 2-3 minit la senang crita. Tapi ni ikut saiz kue yg ko dah gentel lah, kalau besar lama lah sket.

 

Sementara tunggu masak, hangpa gaul lah kelapa parut dengan sikit garam. Nak garam halus ke kasar ke iku suka masing-masing lah yer…korang dah besar hahahaha

 

Bila je kue yg di rebus tadi dah masak, angkat. tos kan air nya supaya kue tak basah sangat and then lumurlah dengan kelapa parut tadi. Dah siap dah pon. Kalau anta sikit kat awek cun sebelah rumah, mau besok dia ajak hang bebuka umah dia pulak hahaha

ok lah. Selamat menjalani ibadat di bulan penuh barakah ni….

 

Salammmmmm

Image

Soccer in Malaysia

We used to be Asia power house but that was then. Tapi pengetahuan tentang bolasepak oleh rakyat Malaysia termasuklah pemain-pemain yang sediada memang tidak dapat dinafikan superb dan nak kata world class pun bolehlah sebab ramai orang boleh kritik atau komen mengenai bolasepak dunia sama macam pakar-pakar di barat. Bolehkah kita main macam tu jugak? Aku rasa susahlah kalau kita dok gah dengan MSL kita jer.

Malam tadi aku tengok friendly or warm up match between Spain n South Korea. Satu game yang agak menghiburkan. Macam tengok Malaysia lawan Arsenal atau ManU jer. Kena buli. Tu South Korea tu tang kini adalah Asia powerhouse dan sentiasa qualify for the World Cup for the past few times. Sangat jauh bezanya South Korea punya second stringers vs Spain punya second stringers dari segi speed and quality. Kalau South Korea nampak macam ketinggalan dalam game tu, apalagi kalau team Harimau kita.

Sebenarnya tak guna nak cakap banyak sebab dah banyak pun orang cakap pasal bola kita. Player kita dah selesa main bola kat Malaysia sebab mainbola pun boleh hidup selesa. Yang tamak dan kurang etika akan amali rasuah lah. Tu la pasal player kita yang wakili negara wll bring us takat SEA je la abis kuat. Unless dorang ada cita-cita besar nak main dan develop their soccer skill, culture and brain elsewhere. Tak macam budak-budak kat Afrika yang sentiasa bekerja keras nak pegi Europe and main bola. Aku harap Nazmi will make it macam Kagawa sebab aku tengok budak ni memang ada x-factor yang bolehkan dia pegi jauh. Harap2 dia dapat build dia punya fizikal supaya boleh tahan asakan bigger sized opponents.

Players senior perhaps, yg bawah 25 tu boleh lah cuba main kat Indonesia, Jepun or Korea atau Australia. Tapi aku tengok Brendan Gan yang datang dari Australia tu pun tak lah power sangat. Silap team kot. Cuba main dgn Selangor ke atau Red Warriors ker atau coach dia tak build his team around him.

At this stage, kita tengok je la bola kat Malaysia ni yang aku rasa masa ni the most interesting team to watch is The Red Warriors je kat Malaysia ni. Tapi still, kadang2 aku nyampah gak tengok apa yang dikatakan direct football i.e. main tembak jer. Kita ada ramai pemain yang berkemahiran, lets play the ball to the feet laa…tengok apa Spain and Barcelona dah buktikan…bukannya semua player dia besar-besar pun…and for the record pasal tu lah Brazil dah tak kemana sebab dorang dah tak main macam the old Brazil.

So pada team Malaysia, we can be better kalau our new crop of players pegi belajar main kat liga yang lebih developed atau macam dulu at least main kat Slovakia atau mana-mana liga yang lebih mantap yang kos kita nak tempatkan team kita tak terlalu mahal. Best still kalau kita ambil pakar2 yang tak de team untuk manage atau yang tengah berehat seperti Pep Guardiola ke Fabio Capello ker untuk team kita termasuk coach berguru. Tapi bila dia datang bukan la untuk syok2 bergambar hahahaha.

So, kita tengok je la apa yang terhidang oleh team kita. We must remember, kita masih termengah-mengah nak pukul team Indonesia. Kita tak tau apa perkembangan Thailand lepas dia kalah kat AFF. So other teams in SEA will definitely putting efforts to improve and beat us in the coming AFF and SEA games. Only and until kita consistently dapat jadi raja SEA and then mampu compete dengan team-team dari benua Arab yang sangat laju dan berskill sangat tinggi, baru lah kita boleh kembali bercita-cita menjadi top 5 Asian giants. Otherwise, kita syok-syok je la tengok budak kita main hahahaha…

All the best to all the people in Malaysia who wants to endure to become CR7, Messi or Van Persie!

Cheers…

MAS – Masih Aku Suka

Aku kalau nak jalan naik kapal terbang aku selalu suka naik MAS. Bukan sahaja selesa tapi satu syarikat penerbangan yang berketerampilan dan yang sangat menitik berat tentang keselamatan. Ramai orang tak tahu bahawa MAS dilantik sebagai sekretariat yang membincangkan keselamatan di peringkat tertinggi. Aku pun tahu bahawa MAS have the best maintenance department in the world.

Sebagai syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan, MAS dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial yang perlu untuk memberi pekerjaan kepada rakyat. Namun demikian, lewat ini semakin ramai pekerja-pekerja asing nampaknya diambil mengisi jawatan-jawatan yang sepatutnya diisi oleh raykat tempatan. Namun demikian tidak salah untuk menggaji pekerja-pekerja mahir (skilled) dalam bidang yang kita tidak ada kemahiran.

Sememangnya syarikat gergasi dan berlegasi yang dipunyai kerajaan adakalanya dieksploitasi oleh para politikus. Tak payah lah menuduh sesiapa. Kalau mana-mana politikus yang memerintah sekalipun, dua kali lima juga, nak sebat kekayaan untuk mereka. Itu lah kebanyakan politikus kat Malaysia ni. Tapi macam mana pun kenalah pilih yang terbaik. Jangan pilih yang muka nampak macam bangang jer hahaha. Cakap mcm pandai tapi isi kalah budak darjah 6.

Okeh. Bila deal MAS-AirAsia tak jadi maka ramailah yang menuduh kerajaan bangang. Masa proposal di buat untuk collaborate pun ramai jugak dari pihak politik yang membangkang untuk mendapat sokongan kesatuan pekerja MAS yang besar lagi berpengaruh tu. Yang kaki kutuk tu je lah kerja dorang, ada chance, kutuk je hahaha.

Masa aku buat MBA dulu bersama seorang very senior pilot yang juga seorang management pilot, aku dapat tengok secara mendalam bagaimana MAS beroperasi. Aku sangat menghormati bagaimana MAS berusaha untuk menjadi maju. Tapi ketika itu ada malaun yang taking advantage of MAS dengan membolot apa yang boleh untuk diri dia. Bukan seorang politikus, tetapi seorang yang sangat tamak haloba yang penampilan diri yang kononnya suci lah hahahaha. Kuasa tuhan, akhirnya dinyah keluar dari MAS.

Ramai pengutuk kat luar sana kutuk ikut sedap mulut mereka je. Kalau pandai propose la the best methodology to help MAS to minimize its loss. Yang kaki kutuk tu kalau suruh pergi manage MAS pun agaknya terkial2 jer. Aku ada la sorang kawan ni yang suka mengutuk, masalahnya diri dia sendiri pun tak terurus hahaha.

Dua orang peneraju MAS yang did a very good job was Tan Sri Aziz dan Idris Jala. Tak tau la kenapa Idris Jala tak disuruh continue manage MAS. Bring him back to MAS!

Orang ramai pun sebenarnya tak tahu kenama MAS-AirAsia deal tu tak dapat diteruskan. Secara peribadi memang aku nampak kerjasama tu baik, tapi 20,000 orang tu kata dorang dah tak tau MAS tu sapa kapla. Kira macam ni lah, ko ajak sedara ko dok umah ko, pastu mak bapak dia buat umah ko macam umah dorang siap kata kat ko, kat bapak ko, kat mak ko apa yang boleh dan tak leh buat hahaha.

Anyhow, sangat penting MAS remain as a GLC company. Sebagai negara kecil, kita perlu ada syarikat seperti ini. Belanja mereka pun besar. Banyak juga isu-isu G2G yang perlu dilaksanakan untuk kepentigan perniagaan seperti ini. Untuk compete pun belanja yang sangat besar diperlukan. Dengan backing kerajaan untuk mendapat kemudahan to raise funds agak lebih mudah berbanding private owned companies.

Terlalu banyak isu dan strategy yang perlu diteliti. Terlalu banyak yang perlu dibuat. Kita sebagai orang luar boleh membantu jika kita mahu dengan ide-ide yang bernas. Bukan duduk baca stkabar, baca blog lepas tu buat konklusi sendiri.

Sudah pasti nilai MAS begitu tinggi that AirAsia mahukannya. Kalau aku ada duit, aku pun nak beli MAS tu sebab aku tahu value MAS. Terlalu ramai orang yang jujur bekerja dengan MAS. MAS juga, immediately kena lah stop renewing job contracts to low profile jobs yang tak memerlukan skil yang tinggi yang dijawat oleh bukan warganegara seperti all the blue colar jobs.

AirAisa dan MAS should look into each others strength and weakness as well as the opportunities and threats in building their business together. Be it AirAsia or MAS, both are the pride of the nation. It is still better to put them in competition than suddenly seeing them in monopolistic position that would only see consumers pinned. At the moment both have their strategies riding the blue ocean and both have their own unique selling point to boot. Working together in harmony does not mean flexing muscle showing who is better, but working together for the betterment of each of them.

MAS is very much a very good company as to what I have seen being presented by my dear friend during our MBA days. But still many out there love to see its downfall. I for one would stand by it and not let its flag fall to the lowest ebb.

Cheers….

Eradikasi Melayu?

Aku sangat hairan melihat demontrasi demi demonstrasi jalanan yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia ni. Bila ada je demonstrasi jalanan banyak kerosakan berlaku termasuklah kerosakan minda. Aku ni bukan lah penyokong mana-mana parti politik sebab aku tengok orang politik ni baik pembangkang mahu pun sebaliknya macam sama je. Cakap tak serupa bikin.

 

Yang aku tak tahan tengok bila2 ada je demonstrasi jalanan, bila yang buat perkara tak senonoh jer mesti muka dia Melayu. Yang terbaru ni pulak aku tengok keadaan menjadi semakin ganas bila polis pun kena belasah. Bila polis belasah dorang dorang kata polis menggunakan keganasan. Bila dorang belasah polis atau wartawan dorang tak ganas ker. Fuyooooo….

 

Aku rasa tak payah la jadi org ganas. Jom lah kita tuka apa nak tuka and see what happens. Mcm yang aku dengar best gak sebab macam-macam kebebasan boleh dapat. Kebebasan seks lah yang paling ramai orang suka. Boleh la romen-romen kat taman2 bunga ker atau mana-mana tempat awam lah. Fuh macam kat overseas lak rasanya. Kat kolej2 pun ok la jugak sebab awek-awek boleh berpakaian ikut suka depa. Takde lah masa cuaca panas ni bole la pakai the simplest attire to avoid heat. Org buat pilem pun suka lah jugak pasal dah leh ada adengan romen betul2…baru la dua tiga kali ganda box office beb…fuh….Apa PAS nak marah?…Hahahaha..dorang suda sain kontrek…tak leh marah2, kalau marah dorang akan dijual keseluruhannya hahahahaha……tu lah kawan aku kat PAS share….eh lu kalau boh kat public lu ingat ada orang nak vouch kebenarannya ke…sendri mau pikir la oiiii….

 

Best jugak kalau UiTM bangsa lain pun boleh masuk beramai-ramai tanpa kuota. Best jugak kalau kemasukan dibuat secara merit. Apa nak marah sebab orang Melayu kurang dapat masuk kolej atau universiti pasal kurang kelayakan? Eh kan ni lebih adil. Sapa-sapa yang dol nasib lah. Duit PTPTN pun dah tak de nak biaya pelajaran. Cari lah duit sendiri yer.

 

Apa? Pinjaman perniagaan untuk bumiputra? Hoi mana ada lagi bumiputra lah masa tu. Yang ada masa tu 1 Malaysia, 1 bangsa. Mana ada lagi da Melayu ke, Cina ke atau apa-apa ke.

 

GLC? Hah mana ada lagi GLC dah. Kalau ada pun untuk orang-orang yang berkelayakan jer. Skarang ni banyak sangat org yang tak layak dalam GLC tu. 

 

Yup! education nak buat dalam bahasa Melayu?. Ish apa MELAYU ni. Melayu dah pinis lah. Takde laie da perkataan tu. Rang undang-undang baru pun mesti kena tuka aper…kasi modern la…mana leh ada Malay reserve – Malay reserve ni lagi. open market la bang. Sapa ada duit dia power la. Money is power bang. Ini sistem kapitalis bagus. Lu miskin lu punya pasal la. Kalau wa tak cukup manpower daripada wa angkat lu kasi kerja baik wa angkat orang luar yg ada duit dan pandai-pandai masuk sini dengan deal dia, wa jaga dia dia jaga wa…everytime pilihanraya wa mesti menang beb…lu boleh undi…wa punya undang-undang kasi lu spesel punya treatment….

 

Apa? Nak demo2 lagi? hahahahaha…dream on laaa….lu bikin la kalu bran…masa tu mesti ada undang2 yang boleh flush je lu dalam lubang jamban kalau lu mau bising atau mau bikin kaco…dulu suda bikin kaco suda la…lu yang nak perubahan kan…lu tanggong la sendri……kira apa lu bikin macam lu kata mak bapak lu bodoh la tak tau membesarkan lu…jadi lu kata la lu mau tuka mak bapak hahaha…

 

So aku ingat2 la nak tukau for new and see what happens…aku ada cerita la niat aku kat kawan aku yg PAS tu…dia kata better to work with the devil you know than the so called angels u don’t….dia kata kat aku kalau lu sayang lu punya bangsa lu jangan la bikin kerja bodoh…aku kata…at least aku tak la tengok orang melayu belasah orang melayu lagi sebab melayu pun dah tak de lepas ni hehehehe….

 

so…tungguuuuuuuuuuuuuuuuu…….

p.s. kepada dato’2, tan sri2 yang belagak tu elok la balek kampong tanam jagong…duduk je dendiam makan pencen…kasi ler org muda lain yg lebih bernas dan berwibawa…kalau lu dah bepuluh2 tahu jadi MP ker Adun ker…udoh2 ler tu…..

cheers…

Rakyat didahulukan…RM1 yang sangat berbaloi….Awesome Najib tun Razak!

Sebagai rakyat yang dah bekerja sendiri dan bila sakit dah tak pegi klinik swasta untuk yearly medical check up, aku menggunakan klinik kesihatan kerajaan Malaysia sebagai tempat aku mendapatkan kebanyakkan urusan kesihatan. Kalau dulu aku rasa rimas sebab terlalu ramai sangat orang especially warga emas, now I have come to terms and da boleh pun menyesuaikan diri dengan suasana yang ada. My observation, klinik kesihatan kerajaan semakin maju. Klinik 1Malaysia umpamanya berupa seperti klinik swasta. Klinik kesihatan pula kini bukan lagi di tempat yang sempit tetapi seperti hospital kecil yang berhawa dingin. Sangat selesa la ni kata orang Perak.

Belanja untuk mendapat rawatan di klinik swasta sangat mahal bagi orang yang tiada pendapatan tetap seperti aku ni. Tapi di klinik kesihatan kerajaan daftar untuk sekali seumur hidup adalah RM3 dan bayaran setiap kali lawatan hanyalah RM1. Giler punya murah! So kalau kena tunggu lama sikit apa ada hal. Tempat pun selesa. Kadang-kadang kat klinik swasta pun lama jugak tunggu.

Dengan hanya RM1 macam-macam aku dapat. Selain dari beraneka ubat yang bermutu tinggi yang actually sama jer dengan apa yang klinik swasta beri, servis rawatan sangat baik jika dibandingkan dengan klinik swasta. Apa tidaknya, lepas register dan bayar RM1, aku akan menunggu giliran untuk dipanggil oleh misi-misi yang mesra pelanggan untuk diperiksa itu dan ini. Pemerikasaannya rapi. Lepas diperiksa dan maklumat pemeriksaan dimasuk dalam buku rawatan, barulah masa untuk berjumpa doktor. Dengan informasi yang diberi, doktor membuat analisa dan memberilah konsultansi apa yang patut kepada patient. Lepas tu pegi la ke farmasi dan ambil preskripsi ubat-ubatan. Yang bestnya, kalau ada ubat yang mesti diulang, sms atau telephon aje farmasi tu satu hari sebelum nak ambil dan terus datang ambil tanpa perlu ambil nombor giliran. Tak ker awesome namanya.

Untuk orang-orang yang macam aku yang dah regular, macam-macam offer ditawarkan. Kepada perokok, ditawarkan kaunseling bagaimana nak berhenti merokok. Kepada yang ada diabetes, ditawarkan kaunseling bagaimana nak menjaga kaki, yang obese, ditawarkan pula kaunseling dengan pakar diet. Lepas tu ditambah pula dengan khidmat pemeriksaan mata. Fuh….macam2 adaaaa wa cakap lu…dengan RM1 je….mana ada kerajaan yang bagi rakyatnya macaam ni….dah banyak negara asing aku pergi pun tak pernah aku jumpa yang macam ni….tu pasal la orang asing yang datang Malaysia suka amat duduk sini…bayaran untuk dorang pun murah ya amat….tu pasal la aku tengak ramai pendatang seperti Indon, Bangla, India, Iran dan kumpulan gagak itam juga mengunjungi klinik2 ni….aku dengar dulu pusat Tibi dan pusat kusta da nak tutup, tapi kena bukak balek sebab nak kena layan pendatang yang datang dengan penyakit ni. Masa aku melawat kawan aku kena serangan jantung kat HKL dulu pun tiba2 aku nampak satu wad, penuh dengan orang rupa macam bangla dan india…syok wo dorang…kalau balek tempat dorang rasanya ramai yang dah gol hehehe….

Bila aku tengok ni, aku yakinlah apa yang PM kata rakyat didahulukan. This is obviously 1 thing that people must appreciate. La ni ramai budak2 or orang2 yang dulu dapat macam2 dari kerajaan tapi hari ni yang dorang nampak yang salah jer. No one is perfect lah. Kawan aku yang dok kat US yang tak de duit nak beli insuran pun kata kat sini jauh lebih baik dan lebih mulia. Masa anak dia sakit dulu kat US dia pegi hospital, orang tu tanya ada insuran ke tak, kalau tak de sori you…no treatment for you. Apa? Hak asasi manusia?…Sorry sir, this is our policy. Ko argue la macam mana pun, abeh2 dia kata, can you move to the side….NEXTTTT…….dia panggil patient lain hahaha

Aku bercerita kali ni bukan nak bodek ke apa ker, but whats due is due…Najib has done a noble job! I hope pemimpin2 yang menyokong dia tak kiralah di peringkat mana pun kena lah take note apa yang Najib nak achieve. Jangan la nak rembat je apa yang ada….jangan lupa kalau kita boleh rembat duit untuk buat banglo, mungkin bila duduk kat situ rasa tak sedap je…las2 kata orang buat…hahaha…sebenarnya lu la yang buat….buat banglo guna duit haram….panas la dato’ oi….

So bagi aku apa yang Najib kata, Rakyat didahulukan memang dia kotakan…Keep up the good work sir. I really hope you could continue to be our PM and I pray next PRU, BN win handsomely so that you can continue with making Malaysia a good place to live, just like you late dad and Tun Mahathir did to Malaysia. And I also hope that you could quickly eradicate all the bad apples in your party and government who most of the time talk cock only.

Cheers…

Aku in 2012

For as long as kita masih bernyawa, we will still be able to see a Jan 1st. Sorang senior aku masa kat college nampaknya missed the boat when he passed away due to cancer. Makin ramai juga dengar sekarang ni orang meninggal dunia kerana cancer.

But is that the topic I wanna write. Aku pun tak tahu hehehe.

Anyway, yes pada ramai orang tentu tahun baru ada significant bagi mereka. Ada orang tuggu ketibaan tahun baru becoz they want to party. Ada orang nak tengok bunga api. Ntah lah. Of late, aku meet new year just like another day aje. Keje sendiri ni bukan macam makan gaji. Ada yang looking forward untuk naik pangkat and naik gaji. Bekerja sendiri macam aku ni hari-hari kene pikir and bererak macam besok tu new year. Macam mana nak mitigate problems dengan isu-isu nak lock customers, macam mana nak manage new skills, macam mana nak incorporate technologies or anything that could give my service ada value added so that aku tak kesah sangat dengan price war yang competitors cuba nak apply in he industry.

I don’t really care actually. Aku selalu give my best to my customers and many return because they like what they are getting. Tak macam competitors yang tak mature, they think konon-konon la dorang tu lagi best. Well, you price your service at price of peanuts and no wonder lah your clients were serve by monkeys hehehe. Aku memang lah boleh compete but I do not want to give my clients half cook service. Siapa yang rasa aku caj mahal, tak pa la. Aku beri  premium service. No one can do what I have offered.

Diam tak diam, aku track balek, rupanya ramai jugak client aku ni dari overseas. Arab ada, mat and minah salleh ada, india ada, cina ada, dari Singapore pun ada. Walaupun tempat aku di lokasi yang orang panggil tempat jin bertendang, sampai jugak dorang ni. Bila masuk center aku, tak la nampak macam spa, tapi cukup selesa and very comfortable. First inpression penting when someone comes for a therapy. Kepala yang tak kusut will create a willing client ready to be serviced. If they are not in the right frame of mind, aku nak buat kerja pun susah and the treatment pun payah nak capai objective.

Entering 2012 macam hari-hari biasa yang aku lalui. I am selling hope. I am not a healer coz I ain’t got that healing power. So far so good lah. Every month ada new client yang datang. Ada jugak yang datang sekali lepas tu tak datang dah. But I know most of them are very busy people, businessmen kebanyakkannya. Company executives yang sepanjangan meeting jer (pasal tu la aku tak suka jawatan aku dulu hahahaha).

Macam semua orang jugak, aku harap 2012 ni, Allah akan beri aku rezeki yang murah lah, Amin. Aku pun terasa jugak nak pegi holiday. Kalau anak aku jadi commercial pilot, mana aku nak cekau duit pegi jalan-jalan. Tiket murah yang dia boleh dapatkan pun ntah-ntah tak mampu aku bayar hehehe. Aku pun nak kumpul duit untuk hantar my daughter pegi belajar kat overseas kalau resul dia baik. Nak tunggu scholarship aku mana kenal orang besar-besar. Kalau kenal pun, takat aku kenal diorang tapi dorang akan buat-buat tak kenal aku bila tiba masa nak mintak tolong. Nak kasi masuk IPTA aku rasa tak nak lah. Kualiti IPTA dah merosot giler. Aku pernah supervise ramai budak buat MBA kat IPTA and aku rasa tak sama macam masa aku buat MBA dulu. Tapi aku punya MBA dari UK la. Ada satu tesis MBA yang pernah aku tengok, kalau masa aku dulu memang professor tu campak je kat muka aku. Cis budak yang suruh aku tolong type tesis dia sampai hari ni tak bayar aku. Dah jadi lecturer pun. Kaki songlap. Pompuan pulak tu. Hampes!

Ok lah. 2012 is another year to venture and I hope I could make good of the time, knowledge and experience I had. Tak lupa juga I will keep on to sharpen the saw so that I am in the position to put value and maintain my service at a premium. I ray to Allah to help me. Amin.

Happy new year to all of you who spent time reading this.

I’m feelin good baybeh…

Cheers..

Memertabat bahasa Melayu, memperkayakan kebolehan berbahasa Inggeris

Terlalu banyak kita dengar perbahasan atau soksek-soksek mengenai perkara di atas. Kadang-kadang terasa jelek mendengarnya. Suatu perkara yang sangat kecil untuk disensasikan. Lebih buruk apabila ia menjadi bahan berpolitik. Identiti rakyat Malaysia sememangnya seorang yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Seorang Melayu yang dilahirkan dalam keluarga Melayu tidak mahu tidak akan menggunakan bahasa yang digunakan di rumah. Walaupun ada kalangan yang suka berbicara menggunakan bahasa Inggeris.

Kepada orang berketurunan Cina dan India atau Sikh akan mengamalkan penggunaan bahasa ibunda mereka tetapi sangat ramai diantara mereka fasih berbahasa Melayu kerana mereka akur bahawa bahasa Melayu adalah satu bahasa yang mereka akan sentiasa dengar atau baca kerana rata-rata bahasa Melayu banyak digunakan di pelbagai bentuk media. Ketika di luar negara, orang Malaysia lazimnya lebih suka berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu dan ada yang mengikut dialek negeri dari bahasa Inggeris kerana ia merupakan suatu kelebihan kepada mereka. Pernah juga beberapa kali ketika di Amerika, rakan-rakan di sana mencemburui kita kerana sekurang-kurangnya boleh berbahasa Melayu selain dari bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris tidak dapat tidak adalah satu bahasa di mana terlalu banyak ilmu dan informasi yang ditulis menggunakannya. Suka atau tidak kita mesti terima hakikat ini. Malahan jika direnung, di India contohnya, bahasa Inggeris digunapakai untuk menjual ilmu ayurveda dan yoga mereka. Tidak kurang juga perkara yang sama dilakukan oleh orang-orang Cina dalam memperkasakan ilmu mereka. Ketika di Iran, saya dapati generasi muda berebut-rebut ingin belajar bahasa Inggeris ini walaupun mereka sangat gah dengan bahasa Farsi mereka. Mereka sanggup membeli apa saja bahan bacaan walaupun cetakan tahun 60an asal mereka dapat mempelajari bahasa itu. Dengan kebangkitan dunia maya yang tidak bersempadan, begitu banyak ilmu dan informasi yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Mempelajari dan mahir dalam bahasa Inggeris tidak sekali bermakna kita mengagungkan Inggeris. Ia hanyalah merupakan sesuatu ilmu yang sangat praktikal untuk kemajuan kita sendiri. Suatu waktu dulu kita ketahui bahawa antara sebab pelabur asing berminat membangun perusahaan mereka di Malaysia adalah disebabkan oleh kebolehan pekerja kita memahami bahasa Inggeris. Singapura sendiri merupakan negara yang sangat maju kerana sistem pelajaran mereka yang menggunakan bahasa Inggeris. Rata-rata rakyat Singapura tidak kira apa peringkat pekerjaan mereka sangat fasih berbahasa Inggeris. Lihat sahaja pemain bolasepak mereka, begitu selesa berkomunikasi dalam bahasa itu. Kita lihat saja lah bahasa muzik. Walaupun rata-rata ia adalah bahasa Itali, tetapi ia banyak diajar dalam bahasa Inggeris.

Apakah kita akan kehilangan identiti jika kita lebih fasih berbahasa Inggeris dari bahasa ibunda kita sendiri? Ia sangat terpulang kepada individu. Dalam keluarga saya walaupun arwah abah selalu menekan penggunaan bahasa Inggeris tetapi di rumah kami akan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Apa yang nyata, kebolehan berbahasa Inggeris memudahkan kami mendapat kerja di syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa yang lazimnya membayar gaji dengan lebih lumayan. Kenaikan pangkat juga adalah lebih mudah jika ketua jabatan mahu orang yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Banyak kali juga orang yang berkebolehan berbahasa Inggeris lebih mendapat perhatian untuk mendapat tawaran pekerjaan berbanding dengan yang tidak mampu berbahasa Inggeris walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Pernah juga beberapa kali ketika saya menemuduga pekerja saya dapati ramai yang berkelulusan dari universiti tempatan tidak pandai berbahasa Inggeris walaupun mereka mempunyai ijazah yang baik kelulusannya.

Saya lihat kadangkala penggiat bahasa dan budaya sangat lokek atau ego mempertahan bahasa Melayu walaupun rata-rata mereka tahu bahawa bahasa Inggeris itu sangat penting untuk menimba ilmu, memperoleh pekerjaan yang baik mahupun memperdagang ilmu dan kemahiran. Mereka juga berkata bahawa banyak buku diterjemah kedalam bahasa Melayu. Tahukan kita, buku-buku ilmu yang ditulis dalam bahasa Inggeris sering diperbaiki dan ditambah nilai ilmunya. Jika kita tidak prihatin atau menanti jilid baru itu diterjemah kita akan ketinggalan.

Orang politik juga dilihat tidak bertanggung jawab menggunakan isu remeh ini untuk menjadi popular. Yang rugi pastinya rakyat keseluruhannya yang diperjudikan masa depan mereka dengan arahan flip-flop orang yang berpolitik. Kita adalah negara kerdil yang bergantung kepada ilmu untuk maju. Kita juga negara kerdil yang bertumpu kepada kebolehan mengekspot barangan, kebolehan dan ilmu untuk membawa masuk aliran wang asing kedalam negara kita. Kalau kita tidak pandai berbahasa Inggeris, boleh kah kita dapat menikmati kejayaan itu. Dan bila pelabur luar datang kesini, mereka mempunyai banyak alasan untuk membawa orang mereka menjawat jawatan tinggi dengan alasan pekerja Malaysia tidak mampu berbahasa Inggeris untuk menjawab apa sahaja kehendak pemegang saham mereka yang pastinya majority bangsa mereka. Oleh itu perkara-perkara mikro sebegini harus diteliti sedalam-dalamnya sebelum membuat ketentuan yang kononnya bijaksana.

Marilah kita semua membuka mata dan minda supaya impian kita untuk mencapai taraf sebagai negara maju dapat disempurnakan. Kita perlu memperkasa ilmu dan kebolehan kita dengan cepat dan efektif untuk terus kedepan. Jiran-jiran kita yang mana kos buruhnya jauh lebih murah dan masih banyak sumber ekonomi asli mereka melihat kelebihan ini dan mengambil inisiatif memperbaiki penawaran buruh murah mereka dengan pendekatan strategik ini. Jika kita leka dan “syok sendiri”, barangkali kita sendiri akan berputih mata.

Generasi akan datang pasti akan menyalahi generasi terdahulu mereka kerana gagal melihat jauh. Apakah kita mahu gah dengan tepuk dada tanya selera? Ia tentunya bukan itu yang kita mahu. Objektif yang hendak dicapai di masa hadapan mesti dimulakan sekarang. Berhentilah bersengketa dengan perkara yang membolehkan kita hidup melata. Cukuplah menjadi katak yang hanya bising didalam tempurungnya sendiri.

Salaman salamu.

Overhauling Malaysia Super League?

It was a shock to note that our MSL is categorized as a grade D league. It is indeed a bitter pill to swallow but that should motivate the national football administrator to think hard to move forward.

Although it was said that there should be at least 18 teams in the league, it must be 18 quality teams that is managed properly. It does not matter if politicians want to run the teams as long as they know what good management practice are. It has been umpteen years that teams in MSL claimed that they are professional bodies but except for a few, many were ruined by bad administrators. The worst were always about players not paid salaries or allowances although it is known that all teams were given grants by FAM.

State teams for example could co brand with private companies and let the private companies help manage the available funds that were budgeted for the year. Match bonuses or incentives should come from profits made from the business. Not from those not budgeted for.

Private companies are generally very good in marketing and this will obviously help teams raise funds through “selling” the team.

In attracting crowds plus intent to help development of the players, teams should look at big names that has past their prime as these names would attract die hard fans that see then as legends. For example, Robbie Fowler who has great followers would definitely attract Liverpool fans of today and the past to come and support him and his team. This marketing strategy would even attract fans from all over the world that still follows Robbie Fowler. Professional players from top flight soccer league in Europe are still good for MSL even if they are 36 years old. After all, MSL is not as grueling or physical as that in Europe. But of course all these players should pass medical using Europe professional league standards before teams sign the likes of him.

Why do we want to sign in cheap players whose name were no where known. Even if they are good, they will only attract fans from teams they have sign. These unknown players may be bigger in size but with quality that top flight teams in the world would just pass looking at them. Where is Keita Manju of Perak who said to have made it in the Major Soccer League in the US? If we take unknown players that could not even get into their national team, we will only rob our own players from clocking hours of play. When we chose those players for the national team and we did badly, we blame the foreigners that played in our league. Isn’t this new?

In retrospect, our national team has developed to become stronger because our younger players now have more playing time when foreigners were barred from playing in our league. Our southern neighbor for example, did not do well in the SEA Games when they were represented by neutralized “imported” players. Even with those players playing for their national teams, they can’t even match teams from the Far East or that from the Middle East.

I am of the opinion that MSL should think of how it could attract real professional teams from anywhere in the world. Even if we have to play the reserve teams from BPL, it will be nice to have them here. Big name players recuperating from injuries or fringe players that need more playing time can use MSL as getting their fitness back. It is also a platform for our players to showcase their skills to their scouts. This sound impossible but if we think hard, probably 4 or 5 teams or at least teams owned by our tycoons like QPR and Cardiff could play in our league. With this available, the industry could become bigger. Not only the opportunities are opened to players, but also physiotherapist, medical teams, caterers and the likes. From these, obviously the set up required by the greater teams from BPL will give us first hand experience in learning from them as it will be obvious that they will want to employ Malaysians to be part of their set up to save cost. This is what we are looking for as it not only helps to develop our sports but the backroom as well. The presence of the greater teams will obviously motivate our local team to set their team to be at least on par with them. Then we would see good players around the region or even the whole world wanting to play in MSL.

Perhaps, MSL need a major shake up to make it exciting, competitive and profitable. It could be a major renovation that will shape the future of our number one sports in Malaysia. Otherwise, we will become what we had before, unsure of what we are doing. The impossible is nothing!

Cheers..