Posted on

Rakyat didahulukan…RM1 yang sangat berbaloi….Awesome Najib tun Razak!

Sebagai rakyat yang dah bekerja sendiri dan bila sakit dah tak pegi klinik swasta untuk yearly medical check up, aku menggunakan klinik kesihatan kerajaan Malaysia sebagai tempat aku mendapatkan kebanyakkan urusan kesihatan. Kalau dulu aku rasa rimas sebab terlalu ramai sangat orang especially warga emas, now I have come to terms and da boleh pun menyesuaikan diri dengan suasana yang ada. My observation, klinik kesihatan kerajaan semakin maju. Klinik 1Malaysia umpamanya berupa seperti klinik swasta. Klinik kesihatan pula kini bukan lagi di tempat yang sempit tetapi seperti hospital kecil yang berhawa dingin. Sangat selesa la ni kata orang Perak.

Belanja untuk mendapat rawatan di klinik swasta sangat mahal bagi orang yang tiada pendapatan tetap seperti aku ni. Tapi di klinik kesihatan kerajaan daftar untuk sekali seumur hidup adalah RM3 dan bayaran setiap kali lawatan hanyalah RM1. Giler punya murah! So kalau kena tunggu lama sikit apa ada hal. Tempat pun selesa. Kadang-kadang kat klinik swasta pun lama jugak tunggu.

Dengan hanya RM1 macam-macam aku dapat. Selain dari beraneka ubat yang bermutu tinggi yang actually sama jer dengan apa yang klinik swasta beri, servis rawatan sangat baik jika dibandingkan dengan klinik swasta. Apa tidaknya, lepas register dan bayar RM1, aku akan menunggu giliran untuk dipanggil oleh misi-misi yang mesra pelanggan untuk diperiksa itu dan ini. Pemerikasaannya rapi. Lepas diperiksa dan maklumat pemeriksaan dimasuk dalam buku rawatan, barulah masa untuk berjumpa doktor. Dengan informasi yang diberi, doktor membuat analisa dan memberilah konsultansi apa yang patut kepada patient. Lepas tu pegi la ke farmasi dan ambil preskripsi ubat-ubatan. Yang bestnya, kalau ada ubat yang mesti diulang, sms atau telephon aje farmasi tu satu hari sebelum nak ambil dan terus datang ambil tanpa perlu ambil nombor giliran. Tak ker awesome namanya.

Untuk orang-orang yang macam aku yang dah regular, macam-macam offer ditawarkan. Kepada perokok, ditawarkan kaunseling bagaimana nak berhenti merokok. Kepada yang ada diabetes, ditawarkan kaunseling bagaimana nak menjaga kaki, yang obese, ditawarkan pula kaunseling dengan pakar diet. Lepas tu ditambah pula dengan khidmat pemeriksaan mata. Fuh….macam2 adaaaa wa cakap lu…dengan RM1 je….mana ada kerajaan yang bagi rakyatnya macaam ni….dah banyak negara asing aku pergi pun tak pernah aku jumpa yang macam ni….tu pasal la orang asing yang datang Malaysia suka amat duduk sini…bayaran untuk dorang pun murah ya amat….tu pasal la aku tengak ramai pendatang seperti Indon, Bangla, India, Iran dan kumpulan gagak itam juga mengunjungi klinik2 ni….aku dengar dulu pusat Tibi dan pusat kusta da nak tutup, tapi kena bukak balek sebab nak kena layan pendatang yang datang dengan penyakit ni. Masa aku melawat kawan aku kena serangan jantung kat HKL dulu pun tiba2 aku nampak satu wad, penuh dengan orang rupa macam bangla dan india…syok wo dorang…kalau balek tempat dorang rasanya ramai yang dah gol hehehe….

Bila aku tengok ni, aku yakinlah apa yang PM kata rakyat didahulukan. This is obviously 1 thing that people must appreciate. La ni ramai budak2 or orang2 yang dulu dapat macam2 dari kerajaan tapi hari ni yang dorang nampak yang salah jer. No one is perfect lah. Kawan aku yang dok kat US yang tak de duit nak beli insuran pun kata kat sini jauh lebih baik dan lebih mulia. Masa anak dia sakit dulu kat US dia pegi hospital, orang tu tanya ada insuran ke tak, kalau tak de sori you…no treatment for you. Apa? Hak asasi manusia?…Sorry sir, this is our policy. Ko argue la macam mana pun, abeh2 dia kata, can you move to the side….NEXTTTT…….dia panggil patient lain hahaha

Aku bercerita kali ni bukan nak bodek ke apa ker, but whats due is due…Najib has done a noble job! I hope pemimpin2 yang menyokong dia tak kiralah di peringkat mana pun kena lah take note apa yang Najib nak achieve. Jangan la nak rembat je apa yang ada….jangan lupa kalau kita boleh rembat duit untuk buat banglo, mungkin bila duduk kat situ rasa tak sedap je…las2 kata orang buat…hahaha…sebenarnya lu la yang buat….buat banglo guna duit haram….panas la dato’ oi….

So bagi aku apa yang Najib kata, Rakyat didahulukan memang dia kotakan…Keep up the good work sir. I really hope you could continue to be our PM and I pray next PRU, BN win handsomely so that you can continue with making Malaysia a good place to live, just like you late dad and Tun Mahathir did to Malaysia. And I also hope that you could quickly eradicate all the bad apples in your party and government who most of the time talk cock only.

Cheers…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s