Posted on

Lempeng pon lempeng lah

Hehehe…lempeng ni sangat popular di zaman 70an. Boleh katakan adalah common bagi sesebuah isirumah mensajikan delikasi ni terutama sekali pada hari minggu. Bila orang makin banyak duit, lempeng mula dilupai. Ada jugak yang dulu hidup dengan lempeng skarang ni ek je bila kata makan lempeng. Lempang kang baru tau hahaha.

Lempeng kini sedang membuat comeback!. Walaupun orang-orang yang konon dah rasa macam org maju lebeh teruja jika lempeng disebut pancake, pancake tetap pancake lah kan.

Ok lah enuf said, aku nak share resipi paling sonang di dunia; LEMPENG.

Bahan2

Tepung gandum 2 cawan

sedikit garam

sebiji teloq

air

gula secukup rasa (kalau yg suka manis boh la ikut hangpa)

 

Cara2

Campurkan tepung dengan secubit dua garam dan gaul.

Masukan air sedikit demi sedikit.

Masukan gula.

Masukkan teloq.

Kacau punya kacau punya kacau sampai la sebati. Pastikan tak terlalu cair.

Cara memasak

Panaskan frying pan biarkan dgn api sederhana.

Sapu sedikit minyak pada pan tu just to grease it supaya lempeng tak melekat di frying pan. Lepas tu cek lah kalau yg bawah tu dah garing dan brownish, aleh lah yerrr…monitor lah sampai masakkkkk…

Dah siap lah tu. Boleh makan. Boh la apa2 pun toppings yang korang suka. Jem boleh, kari boleh, ikut la selera masing2 yer.

Ok kalau nak lebih innovative, campurkanlah pisang yang dah dilenyek. Nak boh kelapa parut boleh, tak nak pun boleh. Apa ada hal. Korang chef lempeng korang punya suka lah kan kan kan hahaha.

Lempeng ni antara resipi yang sangat murah untuk dibuat walaupun skarang ni kalau korang pegi ke kopitiam2 generasi baru atau hotel lima nam tujuh bintang, harga sepinggan lempeng kalau korang beli bahan2 untuk buat sendiri senang2 je leh dapat lima nam keping (kalau restoren 5 nam tujuh bintan boleh raikan satu kampong tau) hehehe.

ok lah…dah nak buka…den nak masak nasi lomek la hari nie…

salamzzzzzzz

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s