Posted on

Sepak takraw sungguh memalukan!

Eh dah lama aku tak post!

Tetiba je terbayang sukan sepaktakraw yang kini semakin mudah diganyang. Barangkali dalam sukan SEA akan datang di Myanmar, dengan Filipina pun boleh kalah kot.

Aku tak la terel main sukan ni. Takat main petang-petang je kat sekolah dulu. Tapi masa tu zaman Adnan Saidin. Libas kuda pun tak de lagi. Kini mau pengsan jugak kalau main pasal sukan ni dah menjadi bertambah sukar untuk bermain. Macammana pun kalau selalu main tentu ok jugak lah.

Dalam tahun ni aku tengok dua acara sepak takraw. Masa Piala Dunia hari tu Malaysia kalah final dengan Thailang dengan sungguh mudah. Lepas tu manager dia ke kot kata, Malaysia kalah sebab gugup dengan riuh rendah penonton yang menyokong. Aik! Dengan penyokong Malaysia sendiri pun gugup jugak ke. Susah ni.

Lepas tu baru-baru ni masa SEA Games, tewas dengan Indon. Pun mula2 pegawai tu cakap pemain gugup dengan keriuhan penyokong Indon. Hmm..nampaknya lain kali main je la dalam kelambu. Jangan panggil orang tengok.

Lepas tu sekali lagi aku tengok ada pegawai tu kata pemain kita pemain baru, tak ada pengalaman. Senang je dia bagi alasan. Alasan-alasan macam ni bukan alasan baru untuk pegawai-pegawai yang mentadbir sukan-sukan di Malaysia ni. Cakap orang politik lah katakan. Habis kuat, pemain disalahkan dan digugurkan, pegawai tetap gah bercakap pasal pembangunan yang aku dah muak nak dengar. Ikut ler macam Guus Hiddink, Turkey tak layah qualify Euro, secara gentleman dia mengundurkan diri. Ni tidak, asyik muka pegawai tu je. Pas tu mintak funds dari kerajaan konon nak bangunkan sukan tu. Bila sampai waktu, gagal. Salahkan coach, salahkan pemain, salahkan MSN, kerajaan dan sebagainyalah kerana tak nak beri sokongan. Dorang(pegawai sukan) tak pernah salah.

Heran juga ye, rasanya MSN dah lama ada, sekolah sukan pun dah lama ada tapi banyak juga sukan-sukan di takuk lama. Sepak takraw bukan di takuk lama, tapi dan perudum dah pun. Malu lah.

Yang menghairankan bila kononnya pemain gugup, sepak takraw tak pernah ke mintak pakar saikologi MSN tolong. Fasiliti sukan kat Malaysia kan kononnya dah bertaraf dunia!

Kalau kita nak salahkan tak ramai orang nak main atau belajar main sukan ini di kampung-kampung mahupun di bandar, memang lojik la. Sukan yang ketinggalan, selalu kalah dan tak dapat perhatian memang sapa pun tak ingin ceburi. So siapa yang patut bertanggung jawab. Kerajaan jugak? MSN jugak? Aku rasa pegawai yang dapat duit mengembangkan sukan ini lah yang patut jawab. MSN mesti ada benchmark untuk audit sukan ini. Sekarang ni jangan lah banyak bercakap nak buat itu dan ini. Buat aje pasal orang ramai boleh tengok hangpa buat tu berhasil atau tidak. Dah banyak dah pun kita dengar, tapi satu hasil pun tarak. Malu la sikit ok!

Chow cin chow….

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s