Posted on

Resipi singgang ikan tongkol

Ada org panggil resipi ni pindang tapi kalau kat pantai timur aku slalu dengar singgang. Dulu orang miskin je yang makan masakan ni pasak terpaksa, la ni orang dah jadi makanan orang kaya, pasal yang dulu miskin la ni dah kaya. Dorang tak lupa asal usul maaa.

Masakan ni lazimnya menggunakan ikan. Ikan yang selalu orang pantai timur bubuh dalam kuahnya ialah ikan tongkol atau ada yang jugak panggil ikan aye dan ada juga namakan dia ikan kayu. Nak bes, makan masa dia panas-panas, dengan nasi panas atau sejuk dan cicahlah dengan budu. Kalau tak suka budu sambal belacan pun mari jugak beb.

Anyway, here is the bloody easy resipi.

Setengah badan ikan tongkol. (ikut la, klu nak makan sorang sepotong pun ok. Kalau nak ganti ikan tongkol dengan ikan kembung minyak pun sedap gak)

Rencahnya;

Satu inci kunyit kasi ketuk tapi jgn hancur.

Lima hirisan lengkuas besar2 duit doposen.

Satu inci halia dihiris sebesar duit sposen. (lima sen pun tada hal, lu suka maaa)

Satu batang serai dititik  (kalau tak de pun tak berdosa, ahaks)

Lima ulas bawang merah dihiris.

Dua ulas bawang putih dihiris.

Satu cili merah atau hijau (belah dua ye cik kak. Nak tambah cili padi pun bole, tapi nanti budak-budak tak leh makan, podeh dio habaq mai. Lagi pun nak cicah ulam dengan budu per, boh la cili padi dlm budu tu)

Satu setengah sudu air asam jawa. (nak tukaq dengan asam kepin pun suka hangpa lah hehehe, tak mau masam sgt tau)

Sedikit kachang brendi…eh eh…sori…kacang bendi kalau suka.

Garam, lada itam atau lada putih secukup rasa.

Cara-caranya

Boh air dalam periuk

Baca bismillah dan boh rencah2 di atas tadi (kecuali kacang bendi).

Biar mendidih. Kecilkan api dan boh ikan. Kalau ikan kembung tak payah lama-lama. Nanti dia hancur. Kalau ikan tongkol kena la lama sikit pasal isi dia tebal dan padat.

Boh la kacang bendi dan las skali garam dan serbuk perasa. Bau dia masa ni mesti menyelerakan. Kalau selsema, tungkup kepala dengan tuala dan sedutlah wap dia. Bau lengkuas tu mesti leh hilangkan selsema.

Bila ikan dah lembut, apa lagi angkat lah boh dalam mangkuk, bedal la dgn budu hehehe.

Hmmm…di bawah ni ada tip cara nak buat cicah budu.

Boh budu dua suku makan, cincang kunyit idop, cincang cili padi, hiris mangga muda sket, perah limau nipis sebelah, nahhhh….pasti hangat beb kalau cicah dengan ulam mulam.

Cheers…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s