Posted on

Aku mee soto, engkau risotto – A tribute to Patricia

al kisahhhhhhh…..toibbbbbb….maka tersebutlah al kisah sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan firaunnn….hehehe itu lah antara skrip lawak dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Tapi aku bukan nak cerita pasal filem atau drama. Ini kesah masa aku kat satu sekolah berasrama penuh somewhere in Perak lah. Pasal aku blajar kat sekolah ni, maka agak terkenal lah jugak budak-budaknya dengan masyarakat setempat. Kalau pegi town, awek-awek sekolah lain yang teserempak dengan kami memang terujalah nak kenal-kenal. Konon-konon lah hahahah. Prasan.

Aku ni tak lah ensem kata nenek aku, tapi manis ada kata tok aku hahahaha. Macam tiru dialog P Ramlee pulak ek. Jangan maraaaaa aarrrr.

So macam orang lain, saham aku pun kira mantap jugak lah. Sekali petik, 10 orang datang beratur tau, hahahaha. Tapi bukan 10 orang yang dah tua nak mampos tau, kata P Ramlee lagi. Eh! Aku ni memang peminat cerita P Ramlee. Tunjuklah sejuta kali pun kat TV mesti aku tak akan miss punya.

Macam budak lain, aku pun boleh tahan jugak ramainya peminat. Tambah-tambah lagi aku pemain gitar yang pernah bermain dengan band sekolah aku untuk satu majlis yang kami jemput semua sekolah di daerah kami tu datang tengok. Seminggu lepas konsert rasa macam artis pulak bila keluar pegi town di hujung minggu hahahaha. Nasib baik masa tu teknologi kamera digital lom ader lagi. A blessing in disguise, that is what I thought today.

Dalam ramai-ramai yang konon-konon la minat kat aku, yang aku sendiri tak tau apasal, ada la sorang ni yang aku rasa ada sikit attraction. Tak la cun sangat, tapi tinggi, eh aku lagi tinggi dari dia; rambut ikal mayang, putih gebu and somewhat suit my taste lah. Bak kata nenek aku hahahaha.

Yang paling aku suka kat dia ni, dia sangatlah manja gittew. Tak kuat merajuk, smart, and very open minded. Aku tak de la ber-couple-couple dengan dia pun. Aku leh kuar pegi town pun hujung minggu je. Manader shopping mall pun kat situ atau mekdonel ke haper ke. Yang ada kedai laksa, mee rebus, kedai pau kegemaran aku dll. Henpon2 pun manader lagi masa tu hahaha. Ye ye…aku dari jaman dinosor hahahaha. But who cares.

So lepas terjumpa dia kat town sekali, lepas tu cakap je lah when the next meet-up will be hehehe. Bila jumpa pun bukannya pegi mana. Pegi tengok wayang je hahaha. Tapi orang tengok wayang, tapi kami dok beborak je. Jadi untuk senang beborak, aku slalu pilih pegi panggung yang paling tak popular yang slalu tunjuk cerita tamil hahahaha. Nasib baik jugak masa tu tak reti nak romen-romen hahaha. Bodoh betul aku kan. romen pun tak reti. Tapi stim jugak la bila jumpa dia hahahaha. Apasal aku pun tak tau. Tapi stim lah.

Dah lebih kurang 3 bulan dok berjumpa, berborak, bertata titi tutu, satu hari dia ajak la aku pegi birthday party dia. Amboi. Mesti dia orang kaya punya, aku terpikir. Kat daerah kecik tu manader orang buat birthday party, tak la macam sekarang, kat kampung pun takat birthday party tu tada hal punya.

Aku pun pi la. Dia soh aku tunggu kat hospital daerah kat situ and nanti dia kata dia datang. Tepat pada tarikh dan masanya aku pun dok la tencongok tunggu. Aku dah tuka baju dah kat toilet hospital tu hahaha. Tiba-tiba datang la sorang doktor serani tanya aku if I was waiting for someone. Aku kata yes sir. I am waiting for somebody, a girl. Lepastu dia tanya, you mean Pat? Aku dengan cepat jawab, Yes sir! Pat. Patricia. How do you know her? Oh! I’m her dad. Dia bilang. Aku pun mula lah bepeloh, tapi aku dapat keep my cool. Oh! I am..ehem..ehem., sambil menghulurkan tangan nak shake his hand lah. After that short conversation aku pun diajaknya naik kereta matcedih 200D dia.  Yang lawaknya bapak dia tu lah yang aku slalu jumpa untuk dapat MC tipu hahaha. Bukan dia yang tipu aku yang tipu dia. Rupa-rupanya dia memang tau aku kencing hahahaha. Tapi dia kata aku memang pandai kencing pasal bila dia cek throat aku mesti aku punya throat merah hahahaha. Kadang-kadang aku pakai trik food poisoning. Senang je. Bila nombor aku kena panggil unuk jumpa doktor, masuk je bilik dia, aku pun cepat2 mintak permission nak pegi toilet, konon2 sakit perut nak terberak lah hahahaha.

Sampai je rumah dia, melopong molot aku. Dia dok bungalow meh. Yela bapak dia pegawai perubatan daerah, mesti gomen kasi bungalow kasi duduk. Birtday dia kat garden je. Tak le ramai orang, sedara-mara dia je. Lepas potong kek, aku dipaksa nyanyi dan main gitar. Nak pengsan aku rasa hahaha. Tapi aku bantai ajela nyanyi lagi Rindu Bayangan dengan suara aku yang tak sedap tu hahahaha. But well they appreciate that. Lepas tu makan-makan, pasang mujik siap ade lansing2(dancing lah dol) lagi. Aiseymen. Wa orang kampung mana reti lansing2. Tapi bila slow number, tetiba je aku reti hahahaha. Stim beb, leh rapat2 hahahahaha. Parents dorang pun sporting nak mampuih. Sampai offer aku, would you like to spend the night here? Hehehehe..pasal aku dol, aku pun kata tak leh sebab tak de permission to overnight dari warden.

From that on, aku dah tak lagi tengok wayang cerita tah aper2 tah. Aku spend most of my weekends with Pat and her family. Tapi lebihnya aku kasi free tuition kat adek2 dia. Pat kadang2 cemburu, ahaks. But I have a very good excuse to see her many many many weekends and so would her.

After about two years, aku dengan Pat pun terpaksa bade farewell to each other. Family dia nak hantar dia pegi UK to study medicine. Aku pulak, pasal asyek ponteng kelas je, pegi lah UiTM. We do wrote to each other but aku ni jenis malas sangat nak tuleh surat and I don’t really fancy log distant relationship. So lama2 aku pun kata la diri aku that we were not meant for each other masa dia balek cuti satu summer di England. She was gorgeous. She smokes and drinks. I asked her to stop but she said, she was very stressful with study and life in England. Pat was so straight that she even said that she sometimes get drunk at parties (despite full load of work?) and doesn’t know who she was sleeping with. Melopong aku dengar cerita dia. Dari jumpa dia boleh stim aku pun dah kurang stim dah hahahaha. No. Not because she has changed. But she was never the Pat I knew. Very moody. Rampant mood swing. Vulgar and all that jazz lah. I tried to reform her but she will only change for a moment and get back to her bad hat quickly. Aku tak la frustrated dengan dia. I do what I could for her.

Summer yang paling last sekali aku tengok Pat macam orang kene ganja je. Aku tanya la dia whether she’s on drugs. She said no. Masa tu dia dah quit smoking, dah quit drinking but she was so different. Dah tak gorgeous, hari-hari pakai scarf je, kurus keding tengok pun tak stim, pucat and was always very tired. Aku tanya dia, dia kata dia tak sakit. I’m perfectly ok darling, dia cakap dalam British accent dia. But I sense there’s something wrong somewhere. Pat was in her 5th year in medical college tapi dia kata dia dah tak larat nak study lagi. The last night before she went back to England, aku temankan dia kat hotel yang dekat dengan airport yang family dia duduk masa nak hantar dia balek. She wanted to sleep in my arms the whole night. Masa tu nak romen pun tak bes dah, Pat’s body was like ice. So sejuk. She was so frail and weak tapi ada la tenaga untuk jalan2 n cakap2.

Lepas dia balek England, aku dapat satu postcard dari Pat from Rome, Italy. It was only written, if I may Pat, Dear. Happy Birthday! Aku mee soto, engkau risotto. Love u dearly. Pat!

That was the last time I see her. The next 3 months was so quiet. Aku pun masa tu sangat sibuk pasal bau lepas dapat kerja. Kerja audit pulak tu. Siang aku tah kemana, malam aku pun tak kemana. Keluar tengok bulan balek pun tengok bulan hahaha.

The sixth month, kebetulan aku ada audit kat Ipoh, aku pun pay a respect visit to her parents. I cud not believe my ears when Pat’s mum hugged me and cried saying that Pat has left us for good. I was mum! Patut la Pat’s health deteriorate. Rupa nya dia ada bone cancer which all of them kept that as their best kept secret. I would have marry her even if I know she’s in that condition if she wants to. I started to miss her even to this very day whenever I think about our friendship.

Pat. You may not hear me. But rest in peace dear. I love you too. God bless!

Cheers…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s