Posted on

Pemimpin pelapis baru

Ada satu malam tu tiba-tiba je aku tertengok satu rancangan bual bicara di sebuah stesen tv free-to-air.

Rancangan tu rancangan borak-borak la. Tapi hari tu yang dijemput adalah dua orang, satu selepas title dato nya ada Dr. Phd la kot. Tak pun DBA. Yg sorang tu agak baru dalam politik, quite young to his standards, vibrant dan kata orang Kedah memang segak lah. Yang ada Dr tu is a veteran politician.

So, dorang pun beborak-borak lah beberapa isu mengenai satu conference politik sebuah parti politik yang dianggap besar di Malaysia. Yang fascinatingnya bukanlah isu yang diborakkan, tapi aku lebih kepada melihat kewibawaan pemborak-pemborak itu.

Masa aku kecik-kecik di Singapura, kalau orang kata, ‘engkau borak lah’, ia bermakna ‘hang klengtong lah’. But that is beside the point lah.

Isu yang dibincangkan tak lah nampak berat sangat tapi satu isu yang current.

Aku tak lah fokus sangat dengan berbincangan tu. Tapi half way, aku realise ade dua pandangan dan approach yang sangat berbeza di antara kedua-dua politician ni. Mula-mula aku expect si Dr tu mestilah boleh argue atau rationalize percakapan dia dengan cara seorang yang dah ada Phd atau DBA lah. Tapi nampaknya dia ni macam main bedal je cakap and cara dia cakap is like beating around the bush. Main blasah je.

Yang muda dan segak ni pulak aku nampak dia ni very objective. He knows what he is saying and nampak lebih berpengalaman dari si Dr tu. Background koporat dia barangkali memberi dia view yang lebih current berbanding dengan yg si Dr tu. Kalau aku jadi judge yang bagi markah kat dorang, si Dr tu aku kasi 5/10 je lah. Yg muda segak ni aku kasi dia 8.5/10.

Rupa-rupanya masih ada pemimpin pelapis baru yang ade kewibawaan macam Tun M. Aku ingat dah tak de dah. Rupanya masih ader. Berani, very objective dan cakap based of facts. This new chap should be given a chance or should come out from the lower ranks to become someone important to continue the development of the country. Cara dia cakap pun aku suka as he hold no prisoners. Dia punya confident yang sangat tinggi berbanding dengan yang si Dr tu yang aku nampak swallowing his words, not facts. Cakap pun merapu je. Dulu aku ingat dia bagus la. Tapi kalau kat kampung mungkin dia boleh la kot.

Apa yang aku risau dalam parti yang si segak ni duduk akan shoot down budding stars that is to shine in their party. Masa conference dorang pun yang aku dah tak follow sangat lepas Tun M steps down, nampak macam yg si tua bangka dalam parti tu macam tak nak dengar cakap orang yang muda and orang yang baru. Aku mula-mula dah conclude that aku tak minat lagi nak dengar geromal parti ni tapi bila aku dengar si segak tu aku punya confidence ader la naik 0.1% tu pun pasal aku ader nampak orang yang pandai.

Aku malas la nak mengupas isu yang diborakkan oleh mereka tapi apa yang aku nak kata aku suka apa si segak tu kata. Si Dr tu aku ak tau dia kata apa. Nenek aku kata merapuuuuuu je tak dak ujung pangkai hehehe.

That person yang aku nak mention kat sini is the current MB of Negeri Sembilan. Keep up the good work and I hope your party leaders do see your potential and hopefully people like Tun M could help groom this guy to the fullest. He does got what it take to bring your party into the new era. Those old horses should pave way for these new leaders to come forward. Most of the old stalwarts should sincerely sit back and help these new faces. Dalam next PRU kalau parti tu nak menang, bubuh je la nama-nama baru yang educated, yang bukan kaki borak, and yang boleh buat kerja. Kalau masih bubuh lagi yang tua bengot yang orang dah menyampah nak tengok, maknanya parti tu masih dok syok sendiri je la lagi. Dengar sini laa, Maradona, Zinadine Zidane pun retire dari sukan yang dorang memang dah master. So to the President of that party, you must cut your cancerous leaders now, groom the young one who are unnoticed and get prepared to fight in the next election to give you a fair chance to win. Otherwise silap hari bulan, PR desire to walk into Putrajaya will materialize.

Jangan lah dok cakap parti lain banyak internal problems. I sense that yours too, is experiencing the same, big, hugeee problems!

Cheers…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s