Posted on

Dwindling interest in Malaysian soccer?

Tadi malam kawan aku ade la tanya, “best ke tengok Pila Malaysia?”.

Aku pun kata kat dia, it depends on which teams played and who played.

However, this time around, dah tak de team yang seronok nak tengok pasal dah tak ade player yang worth watching. Pada pendapat aku laa. Kecuali maybe Akhmal Rizal. Aku suka tengok dia on the ball as well as off the ball. This guy is exceptional. Tapi lepas dia balek Malaysia dari Perancis and lepas dia injured, dia tak lagi selincah dulu. Aku slalu jugak la put a personal interest on this balding lad. Lately macam dia dah jumpa dia punya deft touches and he has scored a lot of goals for Kelantan though sometimes dia main as substitute ajer. He is still in his late 20s and kalau dia boleh improve fitness dia, sudah tentu dia ada dua atau tiga tahun lagi untuk jadi a feared striker dan patut juga diselitkan dalam national team to at least help Malaysia score some goals if the incumbent strikers (sapa pun aku tak tau hari ni) tak boleh sumbat gol. Tapi Akhmal kena build up the punya physic sikit la. Dulu dia ada la tembam sikit tapi la ni da nampak slim sikit. I like this boy. Dia ala-ala Owen sket la. Dangerous in the penalty box, bak kata pak mertua aku yang dulu selalu tengok Ghani Minhat.

Ok. Back to the main issue.

Soccer ni memang passion orang Malaysia. Kalau team kita kuat, ramai yang nak tengok. Tengok aje la masa zaman dulu. Kalau final Malaysia Cup, jalan lenggang. Kalau Pesta Bola Merdeka, ada yang sanggup travel jauh-jauh nak pegi Stadium Merdeka walaupun tak de highway masa tu.

Masa aku kecik-kecik dulu kat Kuantan, dengar aje Selangor nak main, pukul 6 lagi dah aku siap nak pegi stadium sebab nak tengok the likes of SuperMokh, Chin Aun, Santokh Singh and Aru the Spiderman. Syok beb. They are class footballers with skills and brain. Masa tu pu bukan macam sekarang ni main hit and run. Kalau dah macam tu kita main sekarang ni mana lah kita nak dapat players macam Shukor Salleh, Wong Chun Wah dll lagi untuk jadi midfield general. Last sekali aku nampak orang yang macam tu yang macam ade gam kat boots dia was Azizul Abu Hanifah. Ini lah sebab-sebabnya kita nak pegi stadium tengok.

Dulu tak kira la Malaysia Cup ke, Piala FAM ke. mesti ramai pegi tengok.  La ni dengan league kat Malaysia yang dah ader macam-macam tier i.e. division, apa yang kita nampak ramai pemain ambek ringan je pasal nak jadi professional player. Ala setakat nak cari makan tu boleh la. Kalau pernah main untuk national team, main malas sikit pun tak per. Lower tier league punya team boleh ambek and gaji ok la walau tak setinggi dulu. So bila jadi macam ni, competition pun tak lah sehebat mana. Less competition would mean overtime, we will have more and more lazy players. Players ni jangan bohong la, dorang takat nak cari makan je main bola ni.

Dulu kita hanya ader state teams campur polis dgn tentera, Singapore and Brunei. Skang ni nak ajak Singapore, dia pun dah tak nak la. Teams from SPL lagi ganas dari team-team yang ader kat Malaysia ni. Abis kuat dia akan antar team Young Lions dia ajer. So dulu kalau club, dorang main Piala FAM. Best jugak follow pasal masa ni la new or young talents kita leh nampak. Dulu bila Piala FAM, team macam PKNS, JKR Kedah, Hong Chin, team-team yang aku masih ingat, memang power ranges beb. Aku ingat lagi masa satu match kat Banting, Piala FAM jer tu, dengar radio je beb, bila SuperMokh kena tackle Khaidir Buyong, SuperMokh injured, marah giler orang masa tu. Skang ni kalau player tu injured, sapa pu tak kenal sapa tu yang injured. That shows player Malaysia today is far from what we have yesterday despite technology, coaching methods dah berubah hari ni. Player yang ader hari ni, ntah la. Nyampes gua tengok. Ek je lebih.

So masalah stadium tak penuh skarang ni bukan lah sebab ade EPL ker atau aper-aper lah. Sebabnya quality of the soccer played at our stadiums today beb. Tu pasal bila MU datang ke, Arsenal datang ke, Chelsea datang ke ramai orang pegi stadium nak tengok. They want to see class acts from polished soccer players. Tu pasal la colors dorang lagi banyak dari stripes Malaysia. Dorang pun malu la kalau pakai replica jersey Malaysia lepas tu kena drubbing by the opponents. Masa Malaysia lawan Korea haritu, yang ramai datang tu pun ingat team Korea ader Park Ji Sung main. Tu la ramai datang. Tengok-tengok dorang punya back-up team ntah yang level berapa tah.

Kita dah lama dah dengar macam-macam cara nak improve the whole gamut of the game name soccer in Malaysia but for the last 20 years or so we have failed tremendously. The game has a great commercial potential. Orang business je yang faham macam mana nak exploit. Bukan ahli politik yang suka menyebok for reasons boleh jadi popular bila team dia selalu menang. Masanya dah sampai untuk get businessman to run soccer in Malaysia. Tak kira la kalau ader lima atau enam team jer. Janji mantap. Janji bukan takat menang Piala Malaysia je, tapi boleh menang cups offered regionally, AFC Champions league pun very mouth watering.  Baru la players tu boleh laku kat luar negeri. Jepun and Korea pun dah jauh meninggalkan kita. Bola kita kira dah meninggal la kalau lawan the like of Laos pun kita semput.

Apa-apa pun, ramai orang masih sayangkan bola Malaysia. Tapi macam kita pegi kedai makan, berilah hidangan yang sedap. Bukan takat something yang boleh kenyang jer. kalau mi segera pun kena cara buatnya boleh jadi sedap per.

Janganlah kita salahkan EPL yang jadi penyebab orang tak nak tengok bola Malaysia. Kalau sorang artis tu tentu dia nak compose lagu yang hit and stage performance dia very entertaining. Sudah tentu ramai yang nak datang tengok samada ada EPL atau tidak. Tengok je la bila satu rangkaian TV tempatan buat konsert ujung minggu dengan artis-artis yang mantap. Ader EPL ke, tak der EPL ker, ramai orang datang.

So to Malaysian soccer players, if you can play like Messi, Fabregas, Wilshire, Ronaldo etc mesti penuhnyer stadium!

Kata orang tua-tua, kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai tak rata. Lu pikir la sendiri hahahaha…..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s