Posted on

Cerita Zaman Tondan!

Zaman menyetan ni adalah zaman baru nak kenal dunia. Selalunya masa zaman mula dapat kerjalah. Masa tu adalah sikit duit masa awal-awal bulan. Dah tengah-tengah bulan mula lah macam ayam berak kapor hahaha. Aku sebenarnya pun tak pernah pun tengok muka ayam bila dia berak kapor. Tapi tu dah kira macam peribahasa pasar orang tua-tua bila muka kita mcam orang tak bermaya je kita macam tu lah kot.

Zaman menyetan aku ni tak lah sehebat mana pon. Nak kata aku bukan kaki perempuan pun boleh jugak. Aku memang tak reti langsung nak mengorat awek. Awek-awek yang anggap aku ni macam boy friend dorang pon secara tak sengaja je aku kenal. Sorang tu pasal aku slalu berurusan dengan dia untuk beli factory supply. Dia tu kira personal assistant bos dia yang selalu ulang alek Hong Kong and Germany. Opis hebat di satu menara yang gah di tengah-tengah KL ni. Ada rumah, ada kereta, gaji bapak lah besar berbanding aku waktu tu. Mula-mula sembang-sembang je through telephone. Suara dia memang sapa dengar boleh terpikat. Dia ni sangat baik orangnya. Kalau dia tak ader kerja, dia akan call aku untuk bersembang mambang nak cerita pasal dia selalu kena con dengan lelaki. Yang peliknya semua lelaki yang dia syok tu laki orang. Dia selalu mintak nak jumpa aku tapi aku ni maleh nak keluar dari Subang Jaya tempat aku kerja and menetap. Aku ni pon selalu kerja balek lambat. balek rumah cepat-cepat pun nak buat apa. Kalau aku boring sangat, aku pegi je duduk kat factory tengok budak-budak buat kerja. Dorang kerja sampai pukol 12 malam tiap-tiap hari.

Awek yang second one ni pulak, kawan aku yang nak ngorat dia. Tapi masalahnya bila dia nak gi jumpa awek ni pulak, dia asyik ajak aku temankan dia je. Aku pon ikut lah dia pasal dia kata kalau aku ikut dia dia belanja makan. Hahaha, aku pun take that opportunity lah. Makan free sapa tak nak. So bila aku ikut dia, dia la pulak yang malu-malu macam pompuan. Aku pulak la yang banyak layan awek dia tu. Satu hari masa aku gi bank nak deposit duit company, awek tu yang kebetulan pun nak deposit duit kata nak jumpa aku lepas urusan kami selesai di bank tu. Lepas selesai aku pun jumpa la dia. Rupa-rupanya dia nak kata kat aku yang dia nak jadi awek aku. Hahaha…aku kata mana boleh. Kawan aku yang tengah dok high syok kat dia. Dia kata, nak jugak. Aku refused. Pastu aku pon call kawan aku and ajar la dia macam mana nak tawan hati awek tu. Konon laa. After that bila dia nak gi jumpa awek tu aku pun tak ikut lagi. Melepas la jugak makan free. So apa jadi lepas tu aku kira kawan aku dah ok lah dengan awek tu. Sampailah bila kawan aku tu pegi masok Pulapol nak jadi inspektor sahab. Kawan aku kata for six months training dia tak leh kuar dari Pulapol. So aku pun tanya la dia abeh awek dia tu macam mana. Dia kata kira burn je la awek tu. Ceh! Sian awek tu.

Sorang lagi awek ni pulak, konon-konon dia secretly admire aku masa aku gi buat kursus off campus kat ITM, kampus Seputeh/Jln Othman. Lawa budaknya. Mula-mula aku tak perasan la masa first semeste. Aku ni selalu lambat sampai kelas pasal aku dari Subang Jaya. Masa tu kat Subang Jaya bas keluar masuk agak kureng la pasal ramai orang kaya yang duduk kat situ. So sumer pakai kereta kecuali aku hahahaha. Lepas opis, aku kene bebegas kuar tunggu bas. Dari Subang Jaya nak gi KL masa tu ade la dalam 1 jam. Masa tu lalu pulak Jalan Kelang lama, aduhai kadang-kand tu sampai 1.5 hrs bila ujan. Pastu kejap-kejap brenti ambek orang n turunkan orang. Yelah, time orang balek kerja. So aku selalu tidor je la dalam bas tu so that tak la aku ngantuk kat kelas nanti. After sometime aku punya biological clock dah in-sync denganotak aku and bila agak-agak nak sampai je mesti aku terjaga. Tak kira la jam ke tak jam ke. Aku punya senses macam tau je. So lepas second semester, awek tu mula la mcm slalu je nak tegor-tegor aku masa break. Aku layan dia gitu-gitu jer. Satu dia tanya, satu la aku jawap. Bila dia ajak aku join study group dia, aku kata aku duduk jauh kat Subang Jaya, study group dia semua duduk dekat2 KL jer. Ada sorang dua pulak dah ada kereta, aku basikal pun tak de hahaha. So aku kata kat dia, u all go ahead lah. Aku ni sebenarnya belajar masa gi kelas je. Balek rumah dah penat. Besok dah keje. Tak de nye nak study-study. Tak kira lah ada exam ker tidak. Masa exam pun aku ambek time-off je kalau paper tu setengah hari. Sib baik CGPA aku mantop. Tak belajar pon boleh la takat nak dapat 3.8 tu. eleh eksyeh hahahaha. Jadi awek tu pun masih pursue minat dia nak bercouple-couple dengan aku. Ada la empat lima kali aku setuju nak datang join study group dia. tapi bila aku datang dia kata semer orang last minit kensel. Bila orang kensel dia kata kita study sikit pas tu gi tengok wayang dia blanja. Masa tu aku kira sengkek la. So bila orang nak belanja aku on je la. Tak de maruah betul aku hahahaha. Bila nak study sikit-sikit ni pun jadi tak study. Da la dia sewa bilik dgn non-muslim. Study plak dalam bilik dia. Pastu dia saja je pakai short pants la, tak pakai bra la. Fullamek. Tergoda den. Tapi nasib baik tak de aper terjadi pasal masa tu gua tak syok pon kat dia walaupun kat kolej balak-balak lain sanggup mati pasal dia hahaha. Masa tengok wayang pun bukannya dia tengok pun wayang tu. Dia nak tido2 je ateh bahu aku. Tak pe lah aku biarkan je. Bukan jadi aper pun. Aku dapat tengok wayang free hahaha. After sometime agaknya dia macam dapat the message kot. Kai keenam dia ajak aku study group aku tak tak pegi dah. So on and so forth. But we remains good friends yag boleh comolot bila-bila aku ndak. Tapi aku respect her as a friend which I did not even want to make her stim although sometime aku pon terstim jugak dengan dia. Hahahaha…cam bagus je aku.

Yang nombor 4 ni, memang aku suka kat dia. Apparently she was my junior masa aku buat my professional course kat ITM. Aku actually mentor dia. Aku tutor dia. Aku ajar dia, dia pass aku fail. Hahahaha. Ape daaa…Tapi masa aku jadi tutor dia tak de la kita orang ni couple. Tapi gosip-gosip liar mengatakan kita orang ni couple. Mana tak. 3 days in a week lepas aku ajar dia kat kelas, balek sama-sama. Minum pun sama-sama. Aku kira macam artis lah. Bila orang tanya, aku jawap aku tutr dia and kami hanya kawan biasa hahahaha. Ye lah masa student mana ble nak couple-couple. Kang bila kerja tetiber je jumpa awek lain dah tak leh nak split plak. Lagi pun masa student mak-bapak yang bagi duit. Aku gi minum-minum ngan dia ni pun we will go ‘dutch’. Feelings on her pun ader lepas aku left college. Tetiber jadi rindu pulak hahahaha. Tapi lama la jugak baru jadi couple.

So empat-empat prompan yang kat atas ni sebenarnya happened all at one time. Fuh pening jugak den masa tu. Kalau kuar dengan dorang ni pun tak pernah aku pegi tempat yang aku slalu pegi dengan yang lain. Awek yang kaya tu aku slalu jumpa dia either at her opis after work and then we go dinner2 kat hotel2 besar pasal dia suka atau pun kalau dia nak kuar jugak aku gi picnic ngan dia luar dari KL. Every krismes dia ajak aku duduk kat hotel shangri la di singapore on a trip all paid for. Kakak dia tinggal kat situ dengan abang ipar dia, a swiss chef yang akan balek celebrate krismes kat Zurich. Aku teruja jugak kadang-kadang tu tapi pasal bila teringat apa yang mungkin terjadi kalau kita orang duduk sama-sama di tempat yang pasti romantis, aku takut le pulak. Budus jugak aku ek hahahaha.

Yang second one tu pasal dia pun duduk kat Subang Jaya, so bila dia ajak aku kuar je aku kata tak payah la gi jauh-jauh. Subang Jaya pun ader Subang parade per. Slalu jugak aku jumpa dia kat area rumah dia. Dia ader la jugak ajak aku gi kat taman Subang Jaya tu malam-malam. Aku kata maleh ler. Banyak nyamuk. Orang mesjid Subang Jaya pun suka ronda2 kat situ tangkap orang merendek. maleh la aku, kang kene tangkap basah plak.

Yang third one tu macam aku kata la, she was too tempting for me that aku sendiri terpaksa distant myself from her. Sekali dua boleh le kawal perasaan, kalu dah byak kali takut le tak leh control diri. Lagi pun aku tak nak take advantage on her kalau aku sendiri tau aku tak nak kat dia. Ade la romen-romen sikit sekali dua pasal dia yang dah tak tahan sangat mintak diromen hahaha. Tapi takat comolot je la tu pun dua kali masa birthday dia and masa aku betting dengan dia on her marks she got for her accounting exams. Best gak hahahaha.

The last one happened to be one I wasn’t offered anything or induced to anything macam nak romen-romen ker or what not. Even though kami selalu gak gi party balek malam-malam, gi clubbing ke, pub hopping ke, tak de lah ada rasa-rasa pun mak macam tu. Masa nak bawak dia kuar pon aku kene gi umah dia n asked her parents’ permission. Pas tu dapat pulak pinjam keter apak dia. Takkan la aku nak buat yang tak senonoh. Dia pulak ramai abang. nanti abang2 dia blasah aku, kojol laa. So after sometime aku pun tetiba je ader feeling kat dia. Concurrently dia pun sama lah. So one fine day aku pon propose lah kat dia and dia pun ndak. Everything was history after that. We had a pair of beautiful children from the partnership.

Awek-awek yang lain tu pon skang ni sumer dah kawen. Yang first tu kawen and settle down in Subang Jaya. Yang second tu kawen dengan orang Johor. Yang third tu kawen dengan batch mate aku jugak. Untung giler babi mamat tu. Dulu toyer jer. Skang ni pon toyer jugak tapi dapat bini macam artis hahahaha. Rezeki dia. Occasionally, I still got calls from all three and as always asyik reminisce cerita zaman tondan je. I now love them more than I did last time. I love them for being a true friend. If I were forced to marry 3 more I will obviously marry all three of them hahahahaha.

Tu je la geromal aku kali ni pasal dah lama tak tuleh.

Cheers..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s