Posted on

Puasa aku ini tahun…my god!

Aiyaa..tak tahu lah brapa markah aku dapat puasa tahun ni…

Pasal aku demam macam nak giler terawih aku yang aku tak gi ade la dalam 8 hari…

Aku pun tak puasa penuh pasal ada satu hari tu masa aku bangun sahur aku jalan-jalan dalam separuh sedar aku pon tengok jam….ntah lah pukul 5.18 pagi ke atau 6.18 pagi…aku terus jalan pegi dapur tapi aku pusing balik pegi kat dining table dan terus je minum air segelas pasal tekak aku yang masih demam tu rasa kering sangat…fuh…sodapnye…lepas tu aku tengok balek jam….alamakkkkkk dah 6.20 pagi rupanya…cis…aku ni kira sengaja ke atau tidak…ntah lah…aku 50:50 tapi aku rasa aku lebih pada sengaja…aiseymen….

Takpe lah…aku pun terus je bersihkan diri dan terus solat….tapi guilt feeling masih ada dalam hati…aku terus je puasa but still aku rasa kalau aku puasa pun tentu tuhan kira aku tak puasa…masih rasa very very guilty nak makan…

Bila dah siang, anak perempuan aku yang tak boleh puasa pun bangun la…dalam periuk ada nasi sejuk…dalam freezer ada chicken curry…alamak sodapnyer….lepas mandi aku tengok anak aku pegi dapur n buat fried rice…pas tu dia makan senyap-senyap….bila dia panaskan chicken curry aromanya menikam kalbu….eh aku puasa ni…..mana bley…

Aku pun cerita la kat anak aku apa dah jadi sahur tadi….dia senyum jer….

Kebetulan jugak dalam masa tu contractor tengah sibuk menukar tingkap rumah aku…tung tang tung tang bunyi dorang buat kerja…aku dah la demam…pening kepala aku dengar bunyi-bunyian tu….sebenarnya masa tu, tu sumer adalah alasan je untuk aku nak berbuka….pas tu aku pun teringat kalau aku makan ubat ble la tidor kejap..mesti tak dengar punya bunyi bising tu….hahaha…alasan lagi….anak aku dok sedap je makan tapi aku tak le lapar nak makan…bila je anak aku tuang air sejuk dalam gelas…it became music to my ears….aku pun tanya dia….bagi sikit boleh tak..abah nak makan ubat….kalau dia kasi memang la aku pun sama je la macam dia tak puasa…kalau dia tak kasi aku terus je la puasa dengan perasaan guilty dan rasa yang aku di kira tak puasa hari tu…kene jugak la ganti masa puasa enam nanti…

Perghhhhhh…penuh je gelas tu anak aku terus je ulur kat aku air tu…tanpa lengah2 lagi aku pun minum….wah…sedap nyerrrrrr….aku terus je la ambik ubat demam aku yang boleh bagi ngantuk and terus je minum dua gelas lagi…air kosong pon sodapppppp……cis rasa bersalah ya amat pulak aku rasa….dah tua2 macam ni pun tak puasa..satu benda yg last sekali aku buat masa kat sekolah dulu…what to do…nasi dah jadi bubur lambok…aku dengan sengaja dah masukkan sesuatu kedalam rongga aku yang terbuka…so batal lah puasa aku…sampai hari ni pun aku rasa amat guilty pasa pada aku apa yang aku buat tu spoilt my whole Ramadhan! Menyesal aku…nak puasa enam nanti pun mestinye aku struggle…Ramadhan pun tak leh complete ni pulak puasa enam hari di bulan Syawal ni…but I don’t wanna wait…whats due is due…aku kena la ganti nanti bila dah sampai Ramadhan yang lain teruk la…kena ganti double ke..bayar fidyah ke…pergh mana bley….

Lepas pada tu aku ok…aku puasa la sampai habis…tapi perasaan guilty masih menular dalam diri sampai kini….aku belum lagi start puasa enam tu….Syawal makin jauh perginya…aduhhhh…kalau nak gantu bulan lain boleh tapi ustat kata puasa enam hari bulan syawal dapat ganjaran puasa sepanjang tahun…so aku nak take the opportunity lah..Macam tu lah puasa aku tahun ini…aku kira ramadhan aku ini tahun hampeh pasal there’s a hole innit!  Aku berazam to be better next Ramadhan…Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s