Posted on

Pengurusan Perniagaan – Adakah Anda Sudah Bersedia?

Memulakan sesuatu perniagaan bukanlah satu perkara yang sukar. Bagaimana pun anda mesti bertanyakan diri anda samada anda sudah betul-betul bersedia untuk mengharungi liku-liku hidup seorang peniaga?

membagun sesuatu perniagaan bergantung kepada anda dan bukannya orang lain. Kalau anda berjaya, ianya adalah atas usaha anda dan jika anda gagal, maka kegagalan itu adalah berpunca dari anda sendiri. Jangan salahkan orang lain, atau kroni atau ekonomi dan sebagainya. Jadi anda haruslah mempunyai ide yang baik untuk berniaga secara solo pada peringkat awalannya. Bila anda sudah mula nampak kejayaan anda bolehlah anda mencari pembantu. Lainlah jika dari mula lagi anda mempunyai wang yang banyak!

Jadi lihatlah kekuatan dan kelemahan anda. Anda perlu jujur dengan diri anda dan anda haruslah menerima kelemahan anda. Tetapi janganlah memandang ringan kekuatan anda.

Jika anda tidak punya skill dalam bidang perakaunan, perundangan dan pembiayaan, anda haruslah berjumpa dengan pakar-pakar dalam bidang ini. Begitu juga jika anda memerlukan lesen-lesen untuk menggerakkan perniagaan anda. Jumpa lah dengan orang-orang yang tahu selok-belok mendapatkannya kerana kerja anda akan lebih mudah. Barangkali anda perlu mengeluarkan sedikit atau banyak wang untuk khidmat sebegini tetapi ia membantu anda dari terkila-kial dalam menghadapi prosedur-prosedur yang anda sendiri kurang arif. Perbelanjaan sebegini selalunya one-off  iaitu sekali sahaja. Jadi jangan lah kedekut sangat.

Untuk memulakan perniagaan secara solo ini anda juga haruslah mendapat restu dari keluarga. Dengan merestui usaha anda, keluarga anda barangkali dapat memberi sokongan penuh jika anda menghadapi apa-apa kesulitan. Satu perkara yang penting ialah kesihatan. Jika anda mempnyai penyakit seperti darah tinggi atau sakit jantung atau apa-apa penyakit yang mana anda akan sakit untuk beberapa minggu, saya rasa janganlah berniaga kerana selalunya ia akan memburuk lagi keadaan kesihatan anda jika anda menghadapi masalah untuk sekurang-kurannya maintain perniagaan anda. Mesti diingat, kerja sendiri jauh dari makan gaji kerana kita perlu bekerja lebih kuat dan masa bekerja kita kadangkala tidak sama dengan orang lain terutama sekali bila kita mula-mula hendak memajukan perniagaan kita.

Aspek yang sangat penting yang anda perlu bertanyakan diri anda ialah bolekah anda bukan sahaja menjual produk atau perkhidmatan yang anda hendak tawarkan, tetapi diri anda juga. Adakah anda mahir dengan pasaran? Apakah anda juga mahir untuk solve permasalahan yang anda bakal hadapi? Adakah anda yakin anda boleh menerima rejection? Mesti diingat bahawa apabila kita bekerja sendiri, pelanggan lah yang sangat penting bagi kita. Kadangkala kita harus berfikir bagaimana hendak convince pelanggan yang produk atau perkhidmatan atau solution yang anda hendak jual kepada mereka menepati apa yang mereka mahu. Di sinilah ujian getir yang harus kita hadapi kerana kadangkala pelanggan mahukan sesuatu diluar jangkaan kita.

Jika penilaian kepada diri anda akan perkara-perkara diatas ini tidak menepati diri anda, saya syorkan supaya anda terus sahaja makan gaji jika anda masih makan gaji. Tetapi jika anda tidak mempunyai pilihan lain, maka anda haruslah bersedia membangun diri anda menjadi bakal peniaga yang akan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi apa sahaja risiko yang melanda anda. Jangan give-up dan janganlah ambil jalan mudah dengan pendekatan-pendekatan negatif. Jika kita menilai ramai peniaga-peniaga yang berjaya pada hari ini, boleh dikatakan kebanyakkan dari mereka mula berjaya dengan semangat gigih apabila mereka jatuh dahulu. Ada yang bertahun hidup susah sebelum mereka merasai kesenangan.

Sampai disini sahajalah siri pengurusan perniagaan buat kali ini. Bila-bila senang kita sambung lagi, insyaallah.

Selamat Berpuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s