Posted on

Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah! Bertemu lagi dengan Ramadhan.

Ramadhan sentiasa menjadi bulan yang majis pada ramai umat Islam. Ramadhan mengembalikan kemeriahan surau dan masjid selepas waktu berbuka dengan solat tarawikh dan tadarusnya dan tak lupa juga hidangan moreh yang boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat!

Ramadhan di kampung dan di bandar tidak lagi banyak bezanya kerana orang-orang kampung pun ramai yang sudah bekerja makan gaji bagi pasangan suami isteri. Kalau dulu di waktu petang suri rumah akan sibuk bertukar-tukar juadah berbuka, kini sangat jarang kita lihat atau dengar kerana bazar ramadhan menjadi pusat memilih juadah berbuka.

Waktu saya kecik2 dulu bila peti sejuk bukan standard item di semua rumah, kenalah kayuh basikal untuk membeli ais untuk dibuat air sirap selaseh.

Masih segar diingatan ketika kecil dulu dimana bila kita tak puasa, waktu berbuka tak dapat berbuka bersama emak, abah dan kakak2 yang berpuasa. Leceh betul. Jadi mintalah kat mak kata nak puasa. Masa tu makan sahur pun sambil tutup mata hahaha. Lepas tu siang-siang curi-curi minum air paip, hahahaha.

Saya mula puasa betul2 waktu darjah tiga. Dapatlah puasa selama 27 hari pasal last 3 days tu bila mak buat biskut raya, nafsu dah tak boleh tahan. Darjah 4 onwards, ok lah puasa penuh.

Masa kat asrama first time puasa tension jugak. Dah lah makanan dia jauh dari apa yang kita expect, bila sahur pulak, kena bangun pukul 2 pagi nak makan makanan yg dah sejuk. Tapi beggers can’t choose. So bedal ajelah. Dari form 1 sampai form 6, sampai lah masa belajar kolej dah biasa dah puasa sendirian. Masa bujang tak payah ceritalah, hari-hari makan kat cafeteria. Masa ni lah banyak solat terawih miss pasal lepas berbuka sambung buat kerja.

Lepas kawin puasa ok lah jugak. Masa tu banyak pulak undangan berbuka puasa kat hotel2 lima bintang. Setiap hari ade aje yang buat invitation. Kesian kat bini. Nasib baik masa tu duduk dengan mak-bapak dia. Masa baru-baru kawin ni bahaya jugak. Kadang2 tu waktu sahur lah rasa macam nak ON hahahaha.

Pengalaman berpuasa di luar negeri pun tak banyak bezanya. Masa puasa kat Iran, kebetulan pulak waktu winter, ok lah jugak. Waktu berbuka cepat pasal pukul 4 petang dan nak gelap dah. Masa kat Tanzania pasal staf-staf di sana bawak anak bini, dapat lah jugak tumpang berbuka kat rumah dorang. Sama jugak dengan masa kat Phnom Penh, boleh katakan tiap2 malam dapat berbuka dengan orang Malaysia yang ada membawa keluarga mereka bersama. Dapat juga dua tiga kali berbuka dengan pak ambasador Brunei.

Bulan ramadhan ni bukan saja dapat membanyakkan ibadat, tapi dapat juga mengeratkan silaturahim. Waktu berbuka bila kita makan bersama-sama business associates, masa tu lah kita dapat kenal mereka dengan lebih dekat. Begitu lah juga waktu moreh. Dapat lah juga mengenali jiran tetangga yang selalu sibuk dengan hal masing-masing di luar bulan Ramadhan. Masa ni jugalah selalunya dapat berkumpul dengan kawan-kawan sekolah jika ada gathering dibuat untuk berbuka bersama.

Kepada ketua rumah juga jangan lupa membayar zakat fitrah. Bayarlah juga untuk ibu bapa yang dah tua yang tidak punya pendapatan.

Ramadhan tiba setiap tahun yang dapat memberikan kita keinsafan dan manfaat. Ramadhan bukanlah untuk kita berbelanja beria-ia untuk berbuka. Ramadhan bukanlah tiket untuk kita meneyeh kad credit membeli jenama-jenama ternama untuk kita beraya. Ramadhan bukanlah bulan untuk menguruskan badan. Saya ingin berpesan kepada diri saya supaya dapat muhasabah diri saya menghadapi Ramadhan dengan lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu. Saya berdoa agar sekalian umat Islam dapat menghadapi Ramadhan tahun ini dengan perlindungan dari Allah dari segala penyakit samada fizikal atau emosi dan semuga umat Islam dapat bertambah keimanan. Ingat lah aan ibu-bapa kita dan ingatlah insan-insan hidup mereka barangkali tidak sesempurna kita.

Selamat menjalani ibadat di ulan yang mulia ini. Semuga di pertemukan kita dengan kemenangan di Syawal nanti. Ramadhan Kareem!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s