Posted on

Harga Minyak Naik Lagi

Kos sara hidup akan meningkat lagi dengan keputusan Kerajaan memotong sabsidi keatas beberapa barang pengguna termasuklah minyak petrol dan gula. Kesannya adalah kepada semua barang pengguna. Harga barang akan segera meningkat. Begitu jugalah dengan segala benda yang dijual. Kalau dulu karipap tepi jalan harganya 40 sen satu sudah pasti harga tu akan meningkat kepada 50 sen satu. Saiznya sama, intinya mungkin semakin sedikit dan rasanya pun reduced lah. Penggemar teh tarik sudah pasti akan terasa dengan kenaikan ini kerana bukan sahaja harga teh tarik akan naik tapi harga roti canai pun akan sama naik.

Dengan kenaikan ini maka rakyat jelata akan mula gelisah kerana pada tahap kos kehidupan ditahap plateu dan dengan kos perbelanjaan yang meningkat, kehidupan menjadi lebih sempit. Secara sedar atau tidak apabila inflasi menular, maka banyak jugalah masalah sosial akan meningkat dengan dimulai dengan kes-kes kecil seperti meragut, pecah rumah dan sebagainya. Maka ini dilihat, bapak-bapak polisi harus mulai mempertingkat pengawasan.

Parti-parti politik juga akan mengambil kesempatan ini mempolitikkan isu ini. Ramai jugalah orang-orang politik ni juga akan mengeksploitasi keadaan ini untuk menambah kekayaan mereka.

Bagaimana kita semua hendak mengatasi perkara ini sebagai pengguna? Oleh kerana persatuan pengguna kita tidak kuat dan rakyat tidak bergerak bersama persatuan pengguna ini, maka kita seharusnyalah bergerak secara individu. Secara mudahnya apa yang kita perlu lakukan adalah berjimat atau berbelanja mengikut kemampuan kita. Kalau dulu kita minum kopi di rumah dengan mencampur dua sudu teh gula, sekarang ni kurangkanlah menjadi satu sudu sahaja. Di bulan Ramadhan nanti, cukup lah sekadar kita berbuka ala kadar sahaja. Tak perlulah kita buang duit berbelanja di pasar Ramadhan. Bulan Ramadhan bukanlah bulan pesta makan tetapi bulan pesta menambah sedikit pahala kita dengan adanya sessi solat tarawikh. Bila tiba Hari Raya AidilFitri pun cukup lah sekadar kunjung mengunjungi sanak saudara atau berkumpul ahli keluarga dengan satu makan besar sekali sahaja. Tak payahlah, hari ni rumah aku, besok rumah engkau. Kumpullah duit sorang sikit dan buatlah satu keduri bersama. Kalau banyak berjalan, banyak pula duit nak pakai isi petrol.

Pakaian pun tak perlulah berhelai-helai yang baru. Beli sahajalah satu atau dua dah cukup. Atau pakai sahajalah yang lama.

Pokoknya, secara am kalau kita punya RM1000 untuk belanja rumah sebulan, dengan kenaikan 5% kos hidup bermakna perbelanjaan kita dan meningkat sebanyak RM50. Nampak sikit pada sesetengah orang yang kaya. RM1000 tu kira belanja untuk orang miskin dah tu.  Pada orang miskin banyak ler tu. Jadi kenalah manage semula budget perbelanjaan harian untuk jadikan dia even sekurang-kurangnya. Kita harus ingat kita juga kan berhadapan dengan kos-kos lain yang juga akan naik seperti letrik dan sebagainya. Jadi kenalah berhati-hati berbelanja.

Repercussion kenaikan harga ini akan memberi kesan ekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada negara. Bila harga mahal, pengguna akan cuba mengurangkan perbelanjaan mereka. Peniaga akan mula terasa kerana jualan mereka akan merosot manakala kos mereka akan meningkat. Keuntungan juga akan menjadi lebih nipis. Bila ini berlaku secara kolektif maka Keajaan juga akan mendapati pendapatan mereka melalui cukai akan menjadi kurang quantumnya. Para kontraktor yang bergantung dengan kontrak-kontrak kerajaan akan lihat tiada kontrak baru yang besar-besar. Kotrak-kontrak kecil pula akan dibida oleh lebih banyak kontraktor dan lazimnya yang know-who akan dapatlah. Maka ramailah kontraktor-kontraktor kecil akan gulng tikar dan menggangur. Nak cari kerja, syarikat-syarikat besar pun dah mulalah nak reduce operating cost, so tak delah perkerjaan baru. Silap haribulan ade yang kena buang kerja.

Inilah yang dikatakan inflasi. Pendapatan tetap sama tapi kos hidup sudah menjadi dua kali ganda. Tiada siapa yang perlu kita salahkan. Yang perlu kita buat adalah mengurus perbelanjaan kita sendiri dengan berhemah. Spend wisely, kata arwah nenek saya hahahaha….

Cheers….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s