Posted on

Mengintai Kapten Smith dan Pocahontas

Aku kenal Kapten Darren Bates seribu tahun yang lalu ketika kami sama-sama present papers on the economics of low earth orbit satellite for the Asia Pacific di Manila. Aku mewakili Asia Pacific dan negara-negara di southern hemisphere yang kasi aku mandate to represent their needs. Kapten Darren Bates adalah wakil principal oerator satellite low orbit. Aku panggil dia kapten bukan sebab dia ni kepten askar atau polis, tapi dia kata dia kapten bola kat kampong dia di Orange County di California tu.

Aku jadi ngam dengan dia pun secara kebetulan aje. Kami berdua lepak sama-sama hisap rokok (Amaran: Merokok Membahayakan Kesihatan) lepas present kertas kerja kami. Yang nak jadi ngam pun pasal dia ni mat salleh yang pandai berbahasa melayu cara Indonesia. Dia kata dia memang belajar bahasa tu masa kat kolej dulu. Tapi pelat-pelat mat salleh tu memang adelah. Kelakor jugak dengar dia cakap.

Selama empat hari kat Manila aku dengan Kapten ni memang buddies. Dia sebok aje nak ikot aku kesana kemari. Sampai lunch pun dia nak ikot aku pegi makan bagels atau roti pasal hotel tempat convention tu diadakan serve makanan tak halal. Aku put up at Shangri-la, convention tu pulak kat hotel…ermmm…ntah la aku pun dah tak ingat kat mana kat Makati nie. Malam pulak aku order steam rice, steam vege makan dengan telor rebus aje. Fuh gila dibuatnya empat hari lima malam makan macam tu. Tak pa la…orang miskin yang tak makan langsung lagi ramai aper. Bukan la aku ni alim sangat. Aku saje je tak nak tambah dosa aku yang memang banyak. Nauzubillah. Astagfirullah halazimmmm.

Dah lah. Aku nak cerita pasal Kapten Darren Bates ni la pulak.

Dia ni mat salleh ada campor-campor korea. Dia anak angkat seorang bekas marin. Nak kata hensem bagi aku tak la pulak. Tapi dia kata bila dia kat Asia ni banyak cewek suka banget kat gua. Aku kata kat dia memanglah. Awek-awek Asia ni memang tak boleh tengok mat salleh. Muka yang macam cipan pon dorang nak rempit. Asal mat salleh, kira on lah. Bengkerk aje si Kapten ni dengar yang aku secara tak langsung tak nak attest kehenseman dia.

Tapi kat Manila ni aku tompang kematsalehan Kapten ni la. Bila ada awek tempatan nak menempek kat dia and pasal kitaorang berdua kena la ada lagi sorang pun ikut. Hehehehe. Jadi tak le sunyi aku kena tinggal sorang-sorang masa kat lounge. Tapi bila Kapten nak balek bilik dia aku suruh lah yang layan aku t u ikut Kapten ni. Itu la yang dia suka sangat kat aku kot. Apa jadi dengan dorang aku tak angkat pot pun.

Tapi yang nak cerita, si Kapten ni ada bagi tau aku yang dia sebenarnya syok kat satu cewek di Indonesia. Cewek ni kerja kat rep opis dia di Jakarta. Satu hari itu cewek sudah ajak dia balek bercuti-cuti kat kampong dia di Surabaya. Sampai di sana cewek balek rumah tapi si Kapten ni duduk hotel. Dia kata bila dia pegi rumah cewek dia orang macam tak leh nak terima dia pasal dia mat salleh. Bapak cewek dia pun so cold to him. Mamat-mamat kampong tu pun macam geram aje tengok dia. Ada yang suruh dia balek kampong aje tapi tak de la sampai nak guna kekerasan. Takat cakap kasar aje. Dia pulak reti cakap Indonesia jadi dorang tak boleh la lebih-lebih kutuk dia. Dia pun bukan kosong punya orang, dia kata dia belajar silat cemandi masa kat Holland dulu.

Kapten kata cerita dia dengan cerita Pocahontas macam sama la. Aku kata kat dia fenomena tu memang sama. Sejak dari zaman batu sampai lah ke zaman batu kini. Dulu orang duduk celah batu. Sekarang ni pulak orang duduk dalam batu. So ape la beza nya.

Kapten nak kawin dengan cewek Indon dia tu tapi banyak sangat halangan. Aku kata kat dia kalau dia betul-betul nak kena pursue la sampai dapat. Nak seribu daya, tak nak seribu daleh. Kapten kata dia dah buat semua dah. Tapi satu pun tak masyuk.

Letih la, dia kata.

Abeh apa yang jadi sekarang, aku tanya dia.

Aku give up lah, dia bilang.

Cewek tu?, tanya aku.

Dia kata, we are not meant for each other although I love you, fullamekkkk.

Is it as easy as that?

No! Not that easy lah, kata Kapten. But that is the whole story lah, dia sambung.

Ok, aku agree. Aku pun maleh la nak probe dia. Letih dengar cerita-cerita macam ni.

Tapi engkau sekarang ni dah kawin kan, aku Tanya sambil tunjuk cincin emas kat jari dia.

Ye la. Aku kawin dengan Korean lass, Kapten kata.

Elok la. Boleh la engkau trace sapa mak engkau kat Korea, aku bilang sama dia.

Oi, isteri aku tu pun tak pernah grew up in Korea. Mana pernah balek Korea. Mak bapak dia ajak balek pun dia tak nak. Dia kata dia American. Dia bukan Korean. So I asked her nothing further, bilang Kapten.

Sejak Manila, aku jumpa Kapten sekali aje kat Dulles, VA masa aku pegi meeting kat sana. Tu pun briefly pasal dia pulak nak kena terbang ke Arizona. Lepas aku behenti kerja last kali aku dengar dia kat Australia. We lost each other’s contact pasal aku pun sibuk jugak dengan kerja-kerja aku kat sini.

Last sekali aku dengar dari ex-colleague aku that Darren William Bates had passed away of cancer. He only realized it very late and succumbed to it two weeks after he was diagnose with it. Kesian kat dia. He was a jovial person and very accommodating. Darren ni memang la hensem orang nya pasal dia berdarah campuran. Masa kat KL bila dia transit balek dari Manila tu, bila aku bawak dia pegi makan, semua amoi-amoi tegila-gilakan dia. Apa yang menggembirakan aku rupa-rupanya Kapten telah convert to Islam 1 week before his passing. Yang sedihnya dia kata dia nak sangat bercakap dengan aku lepas dia convert tapi tak tau mana nak contact. Whatever it is Darren William Bates Bin Abdullah (nama Islam dia) I pray the blessing of Allah be upon you. I hope to meet you in the next life, insyaallah.

Cheers..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s