Posted on

Awang Hitam The Legend

Pada suatu hari nun jauh di kampong Apetah, tinggallah dua beranak. Timah dan anaknye yang bernama Awang Hitam.

Awang Hitam ni memang lah hitam legam orangnya. Kalau dah nak2 malam Nampak mata putih dia dengan gigi dia aje.

Semua awek dan juga orang-orang kampong tak nak kawan dengan Awang Hitam pasal mana ada kelas kawan ngan dia. Tpi mak Awang selalu kata kat dia;

Black is beauty my son. Beauty is in the eyes of the beholder. Fullamek..

Awang Hitam tau mak dia saje je nak ambek hati dia bila nak suruh dia gi kedai beli air batu ke, asam jawa ked an lain-lain lah lagi. Tapi dalam pejalanan pegi dan balek kedai adela pulak makhlok yang suka ejek2 dia. Ini lah yang buat Awang Hitamg bengkerk.

Jadi nak pendekkan cerita, satu hari mak Awang Hitam pun suruh la dia pegi jemput Tok Ketua datang rumah dia nak buat kenduri sikit. Tok Ketua ade anak dara yang sangat begetah. Awang ade la sikit ati kunun nak tekel dia tapi dia tau punyer anak dara Tok Ketua tu pon tak hingin ngan dia. Selain tu mak Awang Hitam pun suruh dia petik beberapa helai daun sireh kat tepi-tepi semak di kampong tu.

Maka sebagai anak yang setia dengan ibu nye Awang Hitam pun pegi la dengan rasa berat hati. Tiba aje dia di satu kawasan semak di hujung kampong Awang Hitam pun nak mula petik la daun sireh. Tiba-tiba je daun sireh tu boleh bercakap.

Eh jangan la petik den.

Apo pulak daun nil eh cakap. Ada hantu ko kek sini. Kata Awang Hitam dalam hati.

Den bukan antu. Den dulu anak raja Si Bujur Sireh kono sumpah jadi daun sireh pasal bapak den marah den slalu ikut John rempit merempit. Tulun la..kalu nkau tak petik den, den leh kasi nkau satu permintaan yang ngkau nak.

Satu aje. Slalu dalam cerita dongeng bagi tiga. Where can. Kata Awang Hitam.

Alaaa…buleh laa…satu pun ok per. Dari tak do langsong. Amacam. Kata daun sireh tu.

Ok lah. Satu pun satu lah. Nanti jap den piker sat. Kata Awang Hitam.

Dalam hari Awang Hitam pun dok bekira-kira la apa bende yang dia nak.

Kalau aku mintak ensem, mesti ada lagi yang lebih ensem dari aku kang. Tak nak lah. Kalau aku mintak kaya tentu ada yang lagi kaya dari aku kot. Tak nak lah. Kalau aku nak putih mesti ada orang yang lagi putih dari aku. Kang orang panggil aku Awang Albino pulak.

Ok lah…macam ni aje permintaan aku. Syor Awang Hitam.

Kalau sapa2 aje yang panggil aku Awang Hitam, dia terus tercirit. Haaaaaa….

Si daun sireh pun kata…lu sukaa maaaa…..tiba-tiba je daun sireh tu pun ilang…ting…

Cis daun sireh tu suda main sama gua. Cis terkena lagi. Apo la nasib den. Kata Awang Hitam.

Maka dia pun meneruskan perjalanan dia kerumah Tok Ketua. Nampak aje Awang Hitam Tok Ketua pun menyapa;

Awang Hitam…..critttttttt……brotttttttttt….kah kah kah kah terus Tok Ketua terberak cirit.

Fulamekkk….kata Awang Hitam dalam hati…betul la cakap daun sireh tu tadi.

Lepas tukau kain…dan bila Tok Ketua sebut aje nama Awang Hitam terberak lagi dan lagi dan lagi keh keh keh…

Tapi Awang Hitam tak berapa pasti samada itu adalah satu kebetulan aje kot…

Maka Awang Hitam pun pegi la cuba ngorat anak dara Tok Ketua yang tengah sidai kain.

Hai. Apa khabar. Sapa Awang Hitam.

Anak dara Tok Ketua pun menjeling dan kata….bla la ngkau Awang Hitam….crittttttttt…hahahaha…dia pun terkincit rupanya…

Awang Hitam pun begitu gumbira dan lepas tengok dua beranak ni asyik terkincit je dia pun lekas2 sampaikan hajat mak dia dan terus balek rumah.

Di sepamjang perjalanan pulang sapa aje yang tegor dia akan terus tercirit. Suka ya amat Awang Hitam.

Sampai aje dia di rumah, belum sempat dia nak pesan kat mak dia terus mak dia terkincit lepas sebut nama dia. Lepas tu dia pun kata kat mak dia jangan panggil nama dia lagi. Panggil aje dia Ben Afleck. Huiyoooo….

Maka cerita Awang Hitam pun famous la seantero dunia. No one was spared. Finally cerita dia sudah sampai ke istana dan musuh-musuh Awang Hitam pun mintak sultan tangkap dia, bicarakan dan hukum Awang Hitam ni. Kesian dia.

Awang Hitam pun ditangkap dan dibicarakan. Awang Hitam cuba engage Karpal Singh tapi dia tak sanggup pasal banyak kali terkincit masa membaca dan menulis kes dia yang banyak kali kena sebut nama dia.

Pihak mahkamah pun cuba la tak nak panggil nama dia. Ada kala dorang panggil dia Mr X. Setelah 5 hari bicara verdict pun kena lah dibaca. Peruntukan undang2 memestikan nama sebenar tertuduh disebut. Nak tak nak kena la sebut jugak.

Jadi sultan yang bertindak sebagai hakim kena la baca judgment.

Oleh itu kamu….(there was a long pause as the sultan is hesitant to utter the name)……and then he sort of whisper….Awang Hitemmmmmm………critttttttttttttttttttttttttttttttt prit prit prit………melelehhhhhhhh kah kah kah

Sultan pun kena….buang kes lah…kata sultan

Awang Hitam ngan mak dia pun melompat2 gumbira….oh my son Ben….

Awang Hitam pun pindah lah pegi holiwud dan pakai nama ben eflek…banyak jugak dia dapat kumpui duit betting dengan sapa2 yang tak percaya sebut nama lama dia boleh terkincit….

Sekian lah saja cerita ngarut gua kali nieeeee…

Heh heh heh….

Cheers..

2 responses to “Awang Hitam The Legend

  1. abc123

    aku mmg suko cito ngkau…bru mnggu lpas kwn skolh aku cito kisah awang itam ny mse perhimpunan..satu sekolh gelak kwn aku cter..pape pown..bgos r..ak nk amik cter ngko ltak kt lman aku..adios!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s