Posted on

Ujian 1 USPR – Bahasa Melalut – Surat Kiriman untuk Cik Kiah Jambu

Kehadapan Cik Kiah Jambu yang disayangi,

Cik Kiah Jambu,

Apa khabar sayang.

Sudah sepekan kita sudah tidak bertemu dan abang sangat rindu kepada Cik Kiah. Bayang-bayang hayunan pinggul Cik Kiah yang lemah lembut membikinkan hati abang sentiasa berdebar apabila abang tebayangkannya. Bila Cik Kiah mengenakan baju kurung sutera cina yang abang hadiahkan dulu aduh sungguh menggetarkan jiwa.

Mengapa diam seribu bahasa sayang. Abang tahu Cik Kiah masih marah kepada abang apabila abang tak singgah bertemu Cik Kiah ketika abang ke Johor Bahru sepekan yang lalu. Abang sungguh sibuk ketika itu hinggakan terlupa makan dan juga waktu. Cik Kiah bukannya tak tahu abang kalau dah jumpa Cik Kiah tiada lain yang abang tumpu hanya Cik Kiah, Cik Kiah dan Cik Kiah Jambu. Abang memang tak tahan dengan bau Cik Kiah yang macam jambu tu. Aduh!

Boleh kah kita bertemu laku sebelum Ramadhan bertemu waktu? Dapatlah kita bercumbu rayu bak kumbang yang sibuk menghisap madu. Aduh rindunya abang kepada mu.

Lagu-lagu rindu yang Cik Kiah nyanyikan dulu masih terngiang dikalbu. Usikan jarimu memang kelas gitu. Oh Cik Kiah Jambu yang sangat abang rindu. Bila rindu gambar mu ditatap selalu. Bau jambu itu lah kamu.

Srappp….kertas dirampas…

Meh sini kejap….kata cik gu.

Ini surat apa awak tulis.

Surat tidak rasmi cik gu. Surat bertanyakan khabar.

Masyaallah. Siapa ajar awak tulis macam ni.

Kan cik gu yang ajar. Cik gu kata surat bertanyakan khabar macam ni laa…

Alamak. Awak ni. Tapi isinya agak keterlaluan lah. Awak ni gatal yer.

Tak de lah cik gu. Saya bukan gatal tapi saya rasa yang macam ni boleh dapat markah lebih kot. Ini saya anggap sebagai penulisan kreatif.

Cik gu manggaru kepala tak tahu nak kata apa.

Suka hati awak lah. Kalau awak boleh dapat A untuk ini saya bagi awak sepuluh ringgit. Nah ambik balek.

Ish…kacau aje cik gu ni…masa pun dah nak habis dah.

Sambung surat…

OK lah Cik Kiah. Oleh kerana masa sudah tamat, abang mengucapkan selamat berbahagian hingga ke anak cucu.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Awang Selampit

Kah kah kah kah…..

Sori gua tak de kerja……

Cheers…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s