Posted on

UiTM. Dulu, Kini dan Selamanya.

Lawak Tan Sri Khalid Ibrahim (TSK) memberi cadangan yang membuat ramai orang Melayu marah mengenai kemasukan ke UiTM adalah satu lawak yang sudah pun memakan diri sendiri. Kenyataan sedemikian akan menyebabkan kredibiliti TSK sebagai tunjak Melayu yang menerajui negeri yang paling maju di Malaysia mula merosot.

Perpatah Melayu ada menyebut sudah terang lagi bersuluh. Maka jelas bahawa PKR tidak dapat menjamin kepentingan orang Melayu. Mungkin itu adalah suatu tindakan yang pada PKR bernas kerana PKR adalah Parti Keadilan Rakyat maka ia mahu berlaku adil kepada semua golongan rakyat tanpa mengira siapa pun mereka.

Bermula sebagai RIDA kemudianya Maktab MARA dan selepas itu ITM, pada Ogos 1999 Tun Dr Mahathir telah mengumumkan penaikan taraf Universiti kepada ITM dengan nama baru Universiti Teknologi MARA.

Sejak 1950 sehingga kini ramai professional Melayu telah dilahirkan menerusi program akademiknya. Sebelum adanya kolej-kolej swasta, UiTM adalah merupakan IPTA pilihan kepada semua pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka selepas tidak berjaya memasuki UM, UKM, UPM, USM dan sebagainya.

UiTM Shah Alam mempunyai legasi tersendiri dengan kualiti yang sangat membanggakan. Untuk memenuhi bilangan pelajar yang semakin ramai dan dalam usaha untuk merapatkan jurang berbezaan pengetahuan akademik untuk masyarakat Bumiputra umumnya kampus-kampus cawangan diperbanyakkan. Dengan kos pembelajaran yang munasabah maka berduyun-duyun orang Melayu dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringat yang setinggi mungkin.

Pada hari ini kos untuk hanya mendapat Sijil (Certificate) di kolej swasta pun sudah sangat tinggi. Seorang pelajar IPTS barangkali memerlukan antara RM 15 ribu ke RM 18 ribu untuk belajar di IPTS untuk mendapat Sijil dan RM 20 ribu keatas untuk mendapat Diploma. Kemasukan ke UiTM menjadi semakin mencabar dan sukar kerana bilangan yang layak juga semakin meningkat.

“Kalau yang tinggal sikit pun nak bagi kat orang, lama-lama tak ada seurat benang pun yang tinggal di badan kita”, keluhan seorang nenek yang mendengar berita cadangan TSK.

“TSK ni tak sensitif. Dia ahli koporat.Mungkin dia tak pernah belajar kat RIDA atau ITM. Tu pasal lah dia tak faham ITM tu untuk apa”, bebel seorang datuk yang juga seorang peguam yang sudah bersara dan pernah belajar di ITM.

“TSK ni gilo ko apo. Den raso dio ni tak paham apo UiTM tuh. Den donga dio pandai meniago tapi yang ni den raso dio ni hampeh”, leter mak cik peniaga restoren minang yang dulunya mendapat pendidikan di ITM.

“Dah kena dah. Penyagak jual penyamun”, seloroh seorang akauntan bertauliah yang mendapat pendidikan awalnya dari ITM sebelum melanjutkan pelajaran ke UK untuk mendapatkan kelulusan ACCA nya.

Tidak perlu dibahaskan perkara ini. Kala ini memang ramai bijak pandai yang hendak mengunakan isu-isu sebegini untuk kepentingan mereka. Namun hak tetap hak. Tak perlulah dipertikaikan lagi. UiTM bukan sebuah institusi perkauman. Ia adalah Institusi pengajian tinggi yang mendokong ciri Melayu dan membawa perwatakan Melayu kedalam industri.

Suatu waktu dulu graduan ITM disebut sebagai graduan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi sehingga begitu banyak syarikat mahukan mereka kerana penguasaan ilmu akademiknya dan kebolehan berbahasa Inggeris yang mantap. Walaupun hari ini kualiti ini agak menurun sedikit tetapi UiTM kini menjadi IPTA yang setaraf dengan IPTA-IPTA yang sudah mencipta nama di Malaysia.

Orang putih kata “TSK’s proposal is uncall for. He should have thought about it wisely before he made that dim-witted statement”. Secara tidak langsung TSK telah menusuk duri di kalbu orang-orang Melayu.

Aku pun begitu terasa dengan apa yang dia kata.

This issue is not worth a debate. It should be put to rest for good.

Cheers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s