Posted on

Pilihlah aku….kata calon-calon

Pilihanraya umum datang lagi.

Takde lah nak macam raya. Yang meriahnya hanyalah lawan poster disana sini. Sebab angin kuat kali ni banyaklah poster-poster, banner dan buntings yang bersepah. Ada yang koyakdisebabkan oleh tiaupan angin yang kuat. Ada yang sengaja dikoyakkan. Ada yang jatuh sebab ikat tak kuat dan ada yang jatuh pasal ada orang yang saje nak tunjuk kuat. Itu lah dia fenomena lama yang ada bila sifat kasih sesama insan dah tipis.

Tak berapa hari lagi yang layak mengundi dan yang nak megundi pun keluarlah memilih calon-calon yang mereka suka. Undi rahsia kata orang. Tapi biasanya kita tahulah siapa pilih siapa. Ada orang pilih orang yang mereka suka. Ada orang pilih lambang yang mereka suka. Ada pula orang yang dipaksa undi orang yang mereka tak suka. Dan ada la pulak orang yang saja konon-konon tak tau nak undi sapa. Bukan ke kerja mengundi ni senang aje. Bukannya dia suruh buat kira-kira algebraic equations.

Jadi yang layak mengundi tu buatlah pilihan masing-masing. Tepat ke atau tak tepat ke pilihan itu semua bergantung kepada yang menerajui pucuk kepimpinan nanti. Betul ke dorang nak tunaikan janji dorang kena lah tunggu sampai pilihanraya lagi sekali.

Bagi den yang ponting nyo pilihanraya ni solosai dongan aman. Yang kalah tu cubolah lae. Yang monang tu jangan lah eksen ingat dia bagus sangat sampailah apo yang di janjikan di kotokan. Ceh cakap nogori pulak den hehehe…

Pada calon-calon yang menang tu tolonglah kerja kuat-kuat membantu orang-orang yang perlukan bantuan. Memang susah nak please everybody tapi kalau tak cuba belum tahu lagi.

Yang sangat penting sekali ialah memastikan kedudukan ekonomi rakyat kukuh. Kalau barang mahal tentu saja masalah ni boleh dibendung dengan mencari alternative goods that are much cheaper. Kalau dulu suka makan buah buahan high in fibre yang diimpot dari luar negeri bolehlah tukar kepada buah-buah tempatan seperti pitaya.

Kalau dulu kita sebok nak pakai baju-baju branded pindahlah membelinya dari gedung-gedung ternama kepada kedai-kedai bundle yang tak de nama. Alaaa anta aje kat dry cleaning mesti dorang boleh pulihkan semula. Kalau korang memang selalu pakai yang branded tentu tak de orang nak doubt about it. Kalau yang jarang nak pakai branded bila sekal–skali pakai pun orang kata beli kat bundle. So what’s new?

Jadi calon-calon yang hendak dipilih ni kena lah yang bijaksana laksana manikam yang mengenali maniam. Janganlah jadi wakil yang dah lupa akan pengundinya bak si Tanggang yang ek pada ibunya lepas dapat bini cun. Tu lah yang jadi pada wakil-wakil dulu yang tak terpilih kali ni kerana kena sumpah jadi sesumpah miskipun ramai jugak yang masih belum jadi sesumpah lagi.

Yang kita nak cari calon-calon seperti Tun Mahathir who leap frog Malaysia and Malaysian into the millineum. A leader capable to make a lot of Malaysian what they are today. Amusingly vocal and highly intelligent. Well respected and most often than not being heard. Something I am personally very proud of when countries along the equator wants us (when my team was in the sattelite biz some time ago) to lead them to force the super powers to put up a low earth orbit satellite on the equatorial plane so that it could provide foot print along the equator. Our effort gets the support even from the guys representing the super powers. Power nye Malaysia masa tuuuu.

Jadi marilah kita merapatkan barisan dan sama-sama kita mencapai impian Tun dan juga impian kita. Jangan juga kita lupa impian menuju alam kekal yang akan menentukan siapakah kita di sana.

Kepada yang diberi mandat being fair and just adalah budaya yang amat dialualukan. Anda mesti ingat empat tahun bukannya lama. Kalau anda screwed, you will be cursed and be forgotten forever.

Selamat mengundi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s