Posted on

Prolog Wak Dol dan Biri-Biri

 

Biri-biri kini Wak Dol warisi.

Dari pengembala yang berwasasan tinggi.

Generasi biri-biri yang diwarisi bercita-cita tinggi.

Ada yang sudah sedia berdiri tinggi dengan yang berhidung tinggi.

 

 

 

Wak Dol bakal mendapat puji.

Kalau meneruskan cita-cita tinggi.

Berdiri sama tinggi.

Duduk pun meninggi diri.

 

 

 

Malangnya biri-biri mulai sangsi.

Bila Wak Dol mula tidur hari-hari.

Katanya mencari ilham setiap kali.

Pokoknya memang Wak Dol dah tak larat lagi.

 

 

 

Biri-biri resah tidak terperi.

Wak Dol kata ini lah hadari.

Imej baru hendak diberi.

Biri-biri banyak yang tak mengerti.

 

 

 

Semakin hari Wak Dol dikeji.

Biri-biri semakin berani.

Ada yang berani menunjukkan gigi.

Ada yang minta itu dan ini.

 

 

 

Wak Dol kata lagi.

Ini lah dia hadari.

Biri-biri semakin menyepi.

Cita-cita tinggi dah tiada lagi.

 

 

 

Wak Dol tak erti-erti.

Macam katak di dalam peti.

Biri-biri semakin sakit hati.

Hendakkan Wak Dol pergi.

 

 

 

Wak Dol buat tak reti.

Katanya belum puas lagi.

Banyak kerja lagi.

Tapi semuanya tak pasti.

 

 

 

Kesana sini Wak Dol pergi.

Biri-biri tinggal hanya di gigi

Bila ditanya itu dan ini.

Wak Dol selalu kata nanti.

 

 

Kini biri-biri memilih lagi.

Wak Dol akan tetap berdiri pasti.

Tapi di minta selepas ini.

Wak Dol pergi membawa diri.

 

 

 

Wak Dol akan terus dihormati.

Sebagai wira yang penuh berani.

Berehat-rehat lah di sana sini.

Bersama isteri yang disayangi.

 

 

 

Wak Dol pergi tak akan ditangisi.

Tapi biri-biri tetap menyayangi.

Wak Dol dilihat berbudi tinggi.

Ingatan tulus di sanubari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s