Al kisah ceritera kera dengan kerengga
Di nun belantara bernama Bera
Terkenal di sana negara kera
Majmuknya fana aman di sana
Alkisah kera dengan kerengga
Dua sepisis yang sangat berbeza
Hidup bersama merata-rata
Tidak kira bahasa dan rupa
Dalam banyak adalah satu kera
Yang bosan giler tidak terkata
Sesalnya kata menjadi kera
Kalau boleh nak jadi kerengga
Si kera ceritera malas sengaja
Tidak sama kera yang ada
Duduk sahaja setiap masa
Melihat kerengga di depan mata
Al kunun la jua seekor kerengga
Yang sifatnya sama seperti kera
Malas bekerja berangan sentiasa
Kununnya nak jadi puteri raja
Maka suatu hari yang tidak disangka
Mereka berdua bertemu sua
Seperti pasangan yang baru berjumpa
Hanya menjeling-jeling mata
Maka hendak dipendekkan cerita
Supaya yang baca tidak terlena
Kera dan kerengga selalu berjumpa
Bercerita angan-angan berdua
Tanya kera kepada kerengga….
Wahai kasih ku adek kerengga
Boleh kah dinda kanda bertanya
Apakah kalau dinda suka
Menjadi permaisuri kepada kanda….
Hahaha…kerengga gelak dalam hati…bodoh punya kera…tapi dibelinya juga pantun kera
Kanda ku kera yang comel laksana
Yang slalu dinda tengok tak bersependa
Apakah sungguh bagai dikata
Dinda seakan tidak percaya…
Mendengar kata kera pun melompat-lompat macam kera kena belacan…maka dia lagi berkata
Dinda dinda dinda dan dinda
Kata kanda sungguh sempurna
Berdusta kata durjanalah kanda
Agar cinta kanda terlaksana
Kerengga pun malu-malu ayu gittew…kunun laaa…lalu berkata
Kanda kanda dinda nak tanya
Ucapan kanda katun laksana
Lihat lah kanda kita berdua
Kanda kera dinda kerengga
Budus punya kera….kata kerengga dalam hati……
Hahahaha ketawa si kera….
Wahai dinda yang bijaksana
Tidakkah pernah dinda membaca
Buku ceritera orang istana
Katak pun boleh jadi raja
Hmmmm…kera ni berangan rupa-rupanya…sangka kerengga
Kanda ku putera kera
Dinda tahu ceritera istana
Kalau katak dah jadi raja
Apakah kanda pun begitu jua?
Heheheh…kerengga kata maknusio dengan kera apo bezo nyo…
Dinda kerengga yang kanda cinta
Ceritera istana memang sempurna
Bukan raja mahu kanda
Hanya sekadar maknusia biasa
Humbled kera…adus…touching nya…ingat kerengga
Ahaaaa……haiiiii
Bila mata bertentang mata
Hati didalam bagai nak gila….
Hai…..
Si kerengga nyanyi verse pembuka lagu m daud kilau hahahaha…
CUT!!!!
Kata pengarah…..bagus-bagus…..
Rupa-rupanya shooting clip video m daud kilau la pulak….potong betul laaaa…
disclaimer: all videos in this blog were not mine. all of ‘em were embedded from you tube or any other sites that allows embedding..cheers..